• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oyen, insuran haiwan peliharaan digital dengan perlindungan sehingga RM8,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:44 pm
  • 26/04/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda ada haiwan peliharaan kesayangan, tentunya anda akan melabur pelbagai perkara untuknya termasuklah hotel haiwan, perkhidmatan penjagaan haiwan, alat pemantauan haiwan peliharaan dan banyak lagi.

Tetapi, anda ada tak menyediakan insuran untuknya sekiranya dia jatuh sakit atau mengalami kemalangan?



Insuran Oyen

Jika anda belum anda insuran untuk haiwan peliharaan, anda boleh dapatkannya melalui oyen.my. Ia merupakan sebuah platform insuran digital pertama untuk haiwan peliharaan yang dicipta oleh Oyen Sdn Bhd dengan kerjasama MSIG Malaysia.

Melaluinya, anda boleh membeli dan menguruskan insuran perubatan untuk kucing atau anjing secara digital, dengan cepat dan mudah.



Beberapa ciri utama insuran haiwan Oyen ialah:

  1. Perlindungan perubatan veterinar yang tinggi di Malaysia – sehingga RM 8,000 dalam kos perubatan veterinar boleh dituntut sekiranya haiwan peliharaan sakit atau cedera dalam kemalangan.
  2. Kos pengebumian atau pembakaran sehingga RM 1,000, dan perlindungan liabiliti pihak ketiga sehingga RM 50,000.
  3. Pembayaran semula kos rawatan di klinik veterinar berdaftar di Malaysia.
  4. Perlindungan cepat dan tuntutan yang lancar. Pelanggan boleh mendapatkan perlindungan insurans dalam beberapa minit dan mengemukakan tuntutan mereka secara dalam talian.

Insuran kucing

Terdapat 3 jadual harga berbeza untuk insuran kucing

  1. Cat Basic, RM25 sebulan (RM299 setahun) – had perubatan doktor haiwan setahun RM3500
  2. Cat Plus, RM33 sebulan (RM399 setahun) – had perubatan doktor haiwan setahun RM5000
  3. Cat Champion, RM 42 sebulan (RM499 setahun) – had perubatan doktor haiwan setahun RM8000

Dalam pakej basic, anda layak menuntut kos pembedahan, kon konsultasi, kos ujian darah, bermalam di klinik, ubat, X-ray dan rawatan susulan. Manakala bagi Plus dan Champion pula, anda boleh menuntut sama seperti Basic tetapi ada penambahan kos pembakaran dan kecederaan pihak ketiga.

Harga tuntutan yang ditawarkan pada pakej Champion adalah adalah lebih tingi berbanding pakej Plus.

Insuran anjing

Sama seperti kucing, ada 3 jadual harga berbeza untuk insuran anjing

  1. Dog Basic, RM42 sebulan (RM499 setahun) – had perubatan doktor haiwan setahun RM3500
  2. Dog Plus, RM54 sebulan (RM649 setahun) – had perubatan doktor haiwan setahun RM5000
  3. Dog Champion, RM67 sebulan (RM799 setahun) – had perubatan doktor haiwan setahun RM8000

Dalam pakej Basic, anda layak menuntut kos pembedahan, kon konsultasi, kos bermalam di klinik, ubat, rawatan susulan dan kecederaan pihak ketiga kecuali kos pembakaran. Untuk pakej plus dan champion pula, anda boleh tuntut semua perkara seperti basic.

Bezanya, pakej Champion menawarkan kos tuntutan pembakaran dan kecederaan pihak ketiga lebih tinggi berbading pakej Plus.

Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli insuran untuk haiwan peliharan anda, anda boleh daftar akaun insurannya di sini. Selain itu, apabila anda ingin tuntut kos perbelanjaan perubatan juga, anda boleh lakukannya secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi laman sesawang rasmi Oyen.

[Sumber: Oyen]

Tags: Oyen
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026

Oyen, insuran haiwan peliharaan digital dengan perlindungan sehingga RM8,000

26 April 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN