• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco Celcom

Tips untuk menjimatkan kos & kecekapan internet di rumah

  • OLEH Penaja
  • 11:29 am
  • 26/04/2021
  • Komen
Tips untuk menjimatkan kos & kecekapan internet di rumah
Share on FacebookShare on Twitter

(Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Celcom)

Internet telah menjadi satu keperluan asas masakini, di samping air dan elektrik. Apatah lagi di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa setahun yang lalu, internet menjadi perkara yang penting untuk meneruskan kerja di luar pejabat, serta pembelajaran di luar sekolah dan universiti.

Ada banyak pilihan dan tawaran pelan internet di Malaysia yang pastinya menjadi sangat sukar untuk diperhalusi satu persatu. Di sini, kami menyenaraikan beberapa cara untuk menjimatkan kos internet di rumah.

1. Pilih pelan dengan kuota tanpa had

Disebabkan banyak perkara masakini memerlukan sambungan internet, kuota yang sedikit boleh membantutkan kerja jika kehabisan di tengah jalan. Jangan terlalu berkira dengan melanggan pelan dengan kuota yang sangat sedikit. Kerana membeli kuota tambahan adalah lebih mahal dari melanggan kuota yang lebih banyak.

Untuk jalur lebar tetap di rumah, pastikan anda melanggan pelan dengan kuota tanpa had. Pastinya ada lebih dari satu orang di rumah yang menggunakan internet, di samping peranti pintar yang semakin banyak digunakan di rumah seperti TV Pintar, pembersih hampagas pintar, kamera pintar dan lain-lain. Dengan kuota tanpa had, anda tidak perlu runsing tentang kuota apabila berada di rumah.

Antara pelan jalur lebar tetap dengan kuota tanpa had: Celcom Home Fibre

2. Guna Router WiFi 6

Pelan yang pantas sahaja tidak mencukupi untuk penggunaan internet yang menyenangkan di rumah. Router yang tidak menepati spesifikasi, akan menjadi had atau sekatan kepada prestasi sebenar internet di rumah.

Router TP-Link AX10 WiFi 6

Untuk memastikan anda dapat menikmati sambungan internet terbaik, penggunaan router yang tepat sangat penting. Antaranya dengan router yang menyokong WiFi 6. Ia bukan sahaja memiliki kapasiti penghantaran data lebih besar, malah lebih pantas dari WiFi 5.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Router WiFi 6 yang menyokong fungsi Mesh. Ia memberikan liputan yang lebih luas jika rumah lebih besar, sambil mengekalkan prestasi tinggi WiFi 6. Tidak seperti WiFi Extender yang menurun prestasi apabila jauh dari router utama.

Mesh WiFi 6

3. Tawaran strim video percuma

Salah satu cara penggunaan internet yang banyak di rumah adalah menstrim video. Dengan kelajuan internet yang semakin pantas, orang ramai boleh menonton video berkualiti tinggi di skrin TV yang besar di rumah.

Ada beberapa pelan jalur lebar tetap di Malaysia yang menawarkan paket penstriman video percuma untuk pelanggan. Contohnya jika anda suka menonton kandungan dari Asia Tenggara, ia banyak terdapat di platform iflix. Bagi peminat kandungan China, Hong Kong dan Taiwan, boleh menontonnya di iQiyi.

4. Langgan pelan internet yang beri penjimatan

Disebabkan anda perlu melanggan pelan internet di rumah dan talian mudah alih, ada beberapa tawaran yang memberi penjimatan jika anda melanggannya bersama. Seperti di Celcom MAX™.

Celcom MAX™ menawarkan kemudahan di dalam 1 bil untuk langganan pelan jalur lebar tetap Celcom Home Fibre™, bersama pelan mudah alih Celcom Mega™. Di sini, ia memberi penjimatan seumur hidup buat pelanggan sebanyak RM21 setiap bulan, tanpa had masa.

Pengguna diberi kebebasan untuk memilih pelan, asalkan didaftarkan serentak untuk melayakkannya dibilkan bersama. Bagi talian mudah alih, Celcom Mega™ menyediakan internet berkelajuan tinggi, dengan kuota besar serta panggilan tanpa had.

Untuk internet di rumah, Celcom Home Fibre menawarkan kuota tanpa had, dengan kelajuan dari 100Mbps sehingga 500Mbps. Semua pelanggan akan menerima router AX10 yang lebih berkuasa, atau router mesh Wifi jika melanggan pelan 500Mbps yang memberi liputan lebih luas.

Pelanggan Celcom MAX™ juga boleh menikmati strim video iaitu langganan iflix atau iQiyi selama 6 bulan secara percuma. Untuk penjimatan lebih tinggi, Celcom MAX™ menyediakan TV Pintar dan komputer riba 2 dalam 1 pada harga sangat murah untuk pelanggan, atau secara ansuran bulanan tanpa faedah sehingga 24 bulan.

TV Sharp 60″ dengan Android TV boleh dimiliki dari RM2,400, penjimatan sebanyak RM2,599 bersama baucar tunai Sharp bernilai RM500. Laptop Surface Pro X 256GB LTE pula ditawarkan berharga RM5,800, penjimatan sebanyak RM638 dan datang bersama papan kekunci Type Cover percuma.

Dengan Celcom MAX™, anda boleh menerima penjimatan internet di dalam dan luar rumah, seumur hidup. Untuk melanggan, singgah ke mana-mana cawangan Celcom Bluecube berhampiran. Layari laman web Celcom Max untuk maklumat lanjut.

Tags: celcomCelcom Max
Penaja

Penaja

POPULAR

Tips untuk menjimatkan kos & kecekapan internet di rumah

Tips untuk menjimatkan kos & kecekapan internet di rumah

26 April 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER