• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V21 & V21e: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:20 pm
  • 27/04/2021
  • Komen
Vivo V21 & V21e: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah mengumumkan dua model terbaru untuk pasaran ini iaitu Vivo V21 dan Vivo V21e. Berikut adalah tanda harga yang dimiliki mereka:

  • Vivo V21 (8GB + 128GB) – RM1,599
  • Vivo V21e (6GB + 128GB) –  RM1,299

Tempahan telahpun dibuka sehingga 4 Mei 2021 ini. Pembelian awal akan terima hadiah eksklusif bernilai RM699 yang merangkumi jaminan tambahan 1 tahun serta jaminan daripada skrin retak selama 1 tahun.



Spesifikasi Vivo V21

Vivo V21 ialah sebuah telefon sebesar 6.44”. Ia menggunakan panel AMOLED FHD+ dan ada refresh rate 90Hz. Ini adalah satu berita baik untuk kaki gamers.

Bahagian swafoto adalah salah satu ciri yang ingin diketengahkan. Pada skrin dengan takuk berbentuk titisan air ini terdapat kamera 44MP dan lebih menarik, ia ada penstabil imej optikal (OIS).



Masih tentang pengimejan, belakangnya ada tiga kamera dengan kombinasi 64MP + 8MP (ultralebar) + 2MP (supermakro). Kamera belakang telefon ini juga ada OIS 4-paksi untuk manfaat video anda.

Atas papan utama, Vivo V21 diperkasa SoC Mediatek 800U dengan gabungan RAM 8GB serta storan 128GB.

Menguasakan telefon ini ialah bateri berkapasiti 4,000mAh. Ia boleh dicas pantas menggunakan blok 33W yang diberikan bersamanya. Bersama-sama pengecas dalam kotak, pembeli juga terima penyesuai USB-C kepada 3.5mm dan earphone USB-C.

Spesifikasi Vivo V21e

Vivo V21e miliki spesifikasi hampir serupa dengan V21. Rekaannya sedikit berbeza dengan V21e tampil bersisi membulat manakala V21 sisi tajam. Kemudian, SoC yang digayakan V21e ialah Snapdragon 720G dan ia ada jek audio 3.5mm.

Di bahagian kamera, walaupun kamera selfie V21e ada sensor 44MP, ia tiada OIS seperti V21 biasa dan slot SIM varian ini ialah hibrid dan bukannya trislot.

Ini adalah ringkasan spesifikasi Vivo V21e:

  • Paparan 6.44” AMOLED FHD+ 90Hz
  • SoC Snapdragon 720G
  • RAM 8GB, storan 128GB (slot hibrid)
  • Kamera depan 44MP (tiada OIS)
  • Kamera belakang 64MP + 8MP (ultralebar) + 2MP (makro)
  • Bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 33W
Tags: vivoVivo V21Vivo V21e
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Vivo V21 & V21e: Maklumat penjualannya di Malaysia

Vivo V21 & V21e: Maklumat penjualannya di Malaysia

27 April 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN