• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pascabayar Celcom Mega kini ada pilihan talian keluarga tanpa had data

  • OLEH Najib
  • 1:40 pm
  • 28/04/2021
  • Komen
Celcom naik taraf kuota internet percuma untuk pelanggan pascabayar
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom kini menambah pelan baru untuk pascabayar Celcom Mega. Ia boleh dipilih untuk data tanpa had atau kelajuan tanpa had. Selain itu, Celcom turut memperkenal talian tambahan baharu dengan data tanpa had.

Pelan asas Celcom Mega masih tidak berubah, bermula dari RM80/bulan dengan data berkelajuan tinggi 40GB, serta panggilan tanpa had ke semua talian. Untuk pilihan data tanpa had, boleh mendapatkan pas Unlimited M dengan tambahan RM18/bulan serta sekatan kelajuan 10Mbps dan 10GB kuota hotspot. Pelan baru adalah Unlimited M Plus dan L Plus, memberikan sekatan kelajuan lebih tinggi dan kuota hotspot lebih banyak.



Pelan Tanpa Had Plus baru

Pelan Unlimited M Plus menawarkan sekatan kelajuan pada 15Mbps dengan kuota hotspot 20GB, dengan tambahan RM18/bulan dari pelan asas. Pelan Unlimited L Plus pula disekat kelajuan ke 20Mbps serta kuota hotspot 30GB, dengan tambahan RM78/bulan. Pelan Unlimited L Plus sebenarnya sama dengan pelan lama Unlimited L, pada harga RM10 lebih mahal.

Dari ruangan soalan lazim FAQ, M Pass menyediakan strim video tanpa had definisi tinggi (HD) manakala M Plus dapat menstrim video tanpa had HD Penuh. Untuk L Plus pula, boleh menstrim video dengan kualiti Ultra HD.



Bagi yang mahukan kelajuan tanpa sekatan tetapi kuota tetap, pelan Lightning lebih sesuai dengan tambahan beberapa pas baru. Pelan Lightning M Plus memberi tambahan 30GB kuota dan bayaran tambahan RM48/bulan. Pelan Lightning L Plus pula beri 50GB data tambahan dan bayaran tambahan RM78/bulan.

Talian Celcom Unlimited Family Line

Sebelum ini, pelanggan Celcom Mega boleh menambah talian tambahan pada harga RM40/bulan, yang menyediakan 30GB data berkelajuan tinggi. Jika perlukan lebih data, Celcom kini ada pilihan baru dengan harga yang sama.

Bezanya, pelan Unlimited Family Line disekat kelajuannya ke 6Mbps bersama kuota hotspot 5GB. Jika perlukan lebih data hotspot, boleh membelinya pada harga RM1 untuk 1GB selama 24 jam, atau RM10 bagi 10GB yang mengikut kitaran bil. Panggilan tanpa had ke semua talian masih diberi untuk kedua-dua jenis talian tambahan Unlimited dan Lightning.

Untuk rujukan, di bawah ini adalah pelan lama pascabayar Celcom Mega Unlimited yang dikemaskini dengan kelajuan dan hotspot lebih tinggi pada bulan November 2020.

Untuk maklumat lanjut, semak laman web Celcom Mega Postpaid serta rujuk ruangan soalan lazim FAQ.

Tags: celcomcelcom mega
Najib

Najib

POPULAR

Celcom naik taraf kuota internet percuma untuk pelanggan pascabayar

Pascabayar Celcom Mega kini ada pilihan talian keluarga tanpa had data

28 April 2021
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN