• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Keperluan memakai pelitup muka pascavaksinasi? Ini hujah CDC

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:42 am
  • 28/04/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) ialah pihak berkuasa Amerika Syarikat yang mengendalikan hal kesihatan awam. Di Malaysia, ia boleh diibaratkan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak CDC telah keluarkan satu garis panduan baru yang mengandungi tatacara pemakaian pelitup muka untuk individu yang sudah divaksinkan.

Menurut mereka, orang yang telah divaksinkan boleh meneruskan aktiviti seperti biasa tanpa perlu memakai pelitup muka. Tapi ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.



Berdasarkan garis panduan tersebut, CDC membahagikan bilahkah perlu pakai pelitup muka kepada beberapa kategori iaitu:

  1. Aktiviti luar + telah divaksinkan
  2. Aktiviti luar + belum divaksinkan
  3. Aktiviti indoor + telah divaksinkan
  4. Aktiviti indoor + belum divaksinkan

Untuk aktiviti luar, orang yang telah divaksinkan boleh tidak memakai pelitup muka untuk aktiviti bersenam hinggalah menyertai pehimpunan kecil dengan syarat semua pesertanya telah divaksinkan. Berbeza pula dengan orang belum divaksinkan yang ingin lakukan aktiviti luar kerana mereka disarankan untuk pakai pelitup muka kecuali untuk aktiviti bersenam.



Untuk aktiviti indoor CDC menyarankan yang semua individu, tak kiralah telah divaksinkan ataupun tidak, supaya memakai pelitup muka. Bezanya ialah, orang yang memakai pelitup muka dan belum divaksinkan perlu mengamalkan penjarakan sosial.

Polisi di Malaysia

Negara kita mewajibkan pemakaian pelitup muka apabila berada di luar.

Walau bagaimanapun, ada beberapa pengecualian diberikan seperti ketika beriadah. Namun, individu diarahkan untuk memakai pelitup muka kembali apabila aktiviti selesai.

Sumber

Polisi di negara serantau

Singapura mewajibkan pemakaian topeng muka untuk individu yang berusia 6 tahun ke atas sejurus mereka meninggalkan rumah. Namun, pengecualian diberikan untuk yang melakukan aktiviti intensif seperti berlari, joging, berbasikal, dan beberapa aktiviti lain.

Sumber

Thailand telah memperketat polisi pemakaian topeng muka mereka. Di 31 wilayah terlibat, denda TBH 20 ribu (RM2,616) akan dikenakan. Baki 45 wilayah lain masih mengekalkan polisi asal di bawah Akta Penyakit Berjangkit mereka iaitu denda sehingga TBH 4 ribu (RM523) sekiranya gagal memakai pelitup muka di tempat awam.

Fillipina pula mengkehendakkan penduduknya memakai topeng muka dan pelindung muka sejurus mereka berada di luar. Malah mereka sangat menyarankan pemakaian topeng muka bila berada dalam kenderaan, walaupun bergerak bersama anggota isi rumah.

Kesimpulan

Sangat merumitkan untuk ajar setiap individu tentang bila perlu pakai pelitup muka. Lebih baik semua memakainya buat masa ini sehinggalah kita mencapai keimunan kelompok. Yang perlu dibimbangkan ialah orang mengambil kesempatan untuk tidak memakai topeng muka disebabkan penguatkuasaan yang lemah, lebih-lebih lagi di Malaysia.

Tags: COVID-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Keperluan memakai pelitup muka pascavaksinasi? Ini hujah CDC

28 April 2021
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER