• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Vivo Wireless Sport Lite, fon telinga yang sangat ringan

  • OLEH Najib
  • 5:27 pm
  • 28/04/2021
  • Komen
Vivo Wireless Sport Lite, fon telinga yang sangat ringan
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo menambah tawaran produk audio mereka di Malaysia dengan pelancaran fon telinga Vivo Wireless Sport Lite. Ia hadir sehari selepas Vivo melancarkan telefon pintar Vivo V21 dan V21e.

Vivo Wireless Sport Lite dicipta untuk pengguna yang gemar bermain game mudah alih, marakam video, mendengar muzik, menonton video serta membuat panggilan semasa bergerak. Fon telinga ini memiliki pemandu audio Moving Coil 11.2mm, bagi menghasilkan bunyi bass yang mendalam, di samping mengurangkan bunyi bising.



Ia ditambah lagi dengan gegelung Daikoku gangsa bersalut aluminium, untuk bunyi premium berkualiti. Ini kerana ia adalah gegelung yang sangat ringan dan mampu menghasilkan bunyi frekuensi tinggi yang lebih tajam.

Secara keseluruhan, berat Vivo Wireless Sport Lite hanyalah 23.9 gram dan ia memiliki rekaan ergonomik untuk keselesaan digantung di leher dan telinga pengguna. Vivo turut menyediakan tiga saiz tips telinga lembut untuk memastikan saiz yang tepat untuk setiap orang.



Cekak lehernya juga sangat fleksibel, boleh pulih ke rupa asal walau dibengkok dan dilipat.Fon telinga ini berhubung ke peranti melalui sambungan Bluetooth dengan tahap kependaman serendah 80ms.

Dengan cas penuh, Vivo Wireless Sport Lite boleh digunakan sehingga 18 jam. Ia juga boleh dicas pantas, di mana mengecas 10 minit memberikan masa penggunaan selama 5 jam. Dengan taraf kalis percikan IPx4, ia sesuai digunakan untuk aktiviti kecergasan dan aktiviti di luar.

Vivo Wireless Sport Lite dijual pada harga RM159 dan hadir dalam dua pilihan warna, biru atau hitam.

Tags: vivoVivo Sport Wireless Lite
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Wireless Sport Lite, fon telinga yang sangat ringan

Vivo Wireless Sport Lite, fon telinga yang sangat ringan

28 April 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN