• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pendaftaran vaksin AstraZeneca dibuka 2 Mei, ini yang perlu anda ketahui

  • OLEH Najib
  • 7:04 pm
  • 01/05/2021
  • Komen
Pendaftaran vaksin AstraZeneca dibuka 2 Mei, ini yang perlu anda ketahui
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia akan membuka pendaftaran untuk vaksinasi AstraZeneca bermula esok, 2 Mei 2021 bagi mereka yang mahu mengambilnya secara sukarela. Ini kerana vaksin yang berasal dari United Kingdom (UK) ini telah digugurkan penggunaannya daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), tetapi ditawarkan secara berasingan kepada yang sukarela mahukannya.

Ini semua perkara yang anda perlu tahu mengenai pendaftaran vaksin AstraZeneca di Malaysia.



Cara mendaftar suntikan vaksin AstraZeneca

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), YB Khairy Jamaludin, mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas serta menetap di Kuala Lumpur dan Selangor, boleh mendaftar untuk mendapatkan slot vaksiniasi AstraZeneca mulai esok, 2 Mei 2021 pukul 12 tengah hari, di laman web www.vaksincovid.gov.my.

You don’t need to re-register. Tomorrow at 1200hrs you will see this. Click on ‘mohon sekarang’ and follow the instructions. https://t.co/LW3fgzUYBh pic.twitter.com/gGUvmW8fgJ

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 1, 2021

Jika anda sudah mendaftar dengan PICK, anda tidak perlu mendaftar semula. Apa yang perlu hanyalah menekan butang “MOHON SEKARANG” di laman web tersebut, apabila ia mula tersedia tengah hari nanti.



Tak perlu daftar semula. Nama sudah ada dalam sistem. Esok cuma buat tempahan tarikh dan PPV di laman web. Notifikasi janji temu akan diberi melalui MySj. https://t.co/dkh9BtiN5b

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 1, 2021

Menurut Khairy lagi, anda boleh mendaftar dan memilih tarikh dan pusat vaksinasi di laman web. Selepas itu, anda akan menerima notifikasi menerusi aplikasi MySejahtera.

Bila boleh mendapat suntikan vaksin?

Temujanji pertama untuk vaksinasi AstraZeneca bermula pada hari Rabu, 5 Mei 2021. Vaksin AstraZeneca diberikan secara siapa cepat dia dapat, di laman web untuk 268,000 orang.

Sama seperti program imunisasi sedia ada, terdapat pemantauan pra vaksinasi bersama doktor di pusat vaksinasi, sebelum anda menerima suntikan. Seperti juga Pfizer dan Sinovac, vaksin AstraZeneca diberikan dalam 2 dos.

Walaupun Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah menyenaraikan selang masa 28-hari untuk dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk pergi dengan selang masa lebih panjang iaitu 12-minggu. Selang masa ini masih di dalam syor oleh WHO. Kajian menunjukkan bahawa vaksin ini memiliki 76% tahap keberkesanan selepas 3 bulan mengambil dos kedua.

Tags: COVID-19Khairy JamaluddinVaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Pendaftaran vaksin AstraZeneca dibuka 2 Mei, ini yang perlu anda ketahui

Pendaftaran vaksin AstraZeneca dibuka 2 Mei, ini yang perlu anda ketahui

1 May 2021
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN