• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

4 lokasi untuk mendapatkan slot temujanji suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela

  • OLEH Najib
  • 12:13 pm
  • 02/05/2021
  • Komen
4 lokasi untuk mendapatkan slot temujanji suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia akan membuka slot untuk suntikan vaksin AstraZeneca bermula pukul 12 tengah hari pada 2 Mei 2021, menerusi laman web www.vaksincovid.gov.my. Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, YB Khairy Jamaludin, telah berkongsi berkenaan jadual untuk slot temujanji dan lokasi untuk program vaksinasi sukarela AstraZeneca.

Vaksin AstraZeneca telah dikeluarkan dari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan ia ditawarkan untuk mereka yang sukarela menerimanya. Ia akan diberikan kepada individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas, dan tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Vaksin ini juga disediakan hanya kepada 268,000 orang pertama, siapa cepat dia dapat.



Laman web www.vaksincovid.gov.my akan memaparkan slot yang tersedia untuk setiap lokasi.

Sumber: Khairy Jamaluddin

Terdapat 4 pusat vaksinasi untuk suntikan vaksin AstraZeneca iaitu:



  1. World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
  2. Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC)
  3. Universiti Malaya (UM) – Dewan 1 Bangunan Peperiksaan
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Dewan Gemilang

Slot temujanji tersedia dari 5 Mei sehingga 6 Jun 2021.

Tempahan untuk vaksin AstraZeneca akan mula diterima pada jam 12 tengah hari ini apabila permohonan untuk vaksin ini dibuka secara rasmi. Anda boleh memilih satu tarikh dan satu PPV (Pusat Pemberian Vaksin) nanti.

Mohon bermula 12 tengah hari di: https://t.co/z4ZZnyXF2G pic.twitter.com/JBwDTIHIcn

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) May 2, 2021

Pendaftaran ini terbuka kepada mereka yang telah mendaftar PICK dan mereka ini tidak perlu mendaftar semula bagi program sukarela ini. Apabila pendaftaran dibuka, anda boleh memilih tarikh dan lokasi pusat vaksinasi. Anda juga akan menerima notifikasi menerusi aplikasi MySejahtera selepas berjaya mendapatkan slot temujanji.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vaksin AstraZeneca, boleh merujuk dokumen rasmi oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, di mana ia menggariskan risiko dan kelebihan mengenainya.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: COVID-19Vaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

4 lokasi untuk mendapatkan slot temujanji suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela

4 lokasi untuk mendapatkan slot temujanji suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela

2 May 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN