Ada segelintir individu berasa kurang puas menonton filem Netflix, Youtube atau drama di TV kerana skrin TV dan skrin laptop yang kecil. Sebagai jalan penyelesaian kepada hal tersebut, projektor amat diperlukan di rumah.
5 sebab perlu ada projektor di rumah
Berikut merupakan 5 sebab kenapa perlu ada projektor di rumah.
1. Ruang kecil, paparan besar
Walaupun ruang rumah anda kecil, ia tidak bermakna anda tidak boleh memiliki paparan skrin yang besar untuk menonton filem, drama atau apa pun yang anda mahukan.
Jika anda bimbang TV 100 inci akan memenuhi ruang rumah anda, maka anda perlu memiliki projektor di rumah. Saiz projektor yang kecil boleh memberikan paparan 100 inci hanya dengan jarak 3 meter sahaja dari dinding. Malah, paparan imej juga jelas dengan resolusi HD penuh 1080p. Paparan juga terang dan jelas kerana kecerahan yang diberikan tinggi.
2. Youtube dan Netflix terbina di dalam
Selain itu, projektor juga amat diperlukan kerana ada sistem Android dan aplikasi Youtube serta Netflix terbina di dalam. Maka, tanpa perlu memasang apa-apa kabel, anda boleh menonton Netflix atau Youtube pada paparan besar dengan sambungan WiFi sahaja.
Ia juga berguna untuk mengelakkan anak-anak daripada meluangkan masa dengan telefon terlalu lama, anda boleh pasangkan sahaja Youtube pada projektor itu untuk mereka.
3. Sistem audio Dolby
Bukan itu sahaja, dengan adanya projektor juga, pengguna dapat menonton video dengan audio yang sangat memukau seperti menonton filem di panggung wayang. Contohnya, apabila ada visual air pada video, pengguna akan dengar bunyi perincian air itu bergerak.
Tetapi, perlu dipastikan dahulu bahawa projektor itu ada Audio Dolby terbina dalam, dijamin audio yang terhasil akan sinematik dan hebat.
4. Wireless Mirror Casting
Kebanyakan projektor kini mempunyai Wireless Mirror Casting. Dengan fungsi ini, setiap paparan yang ada dalam telefon anda akan dipancarkan ke dinding dari projektor.
Oleh itu, apabila anda main permainan video atau buka media sosial di telefon pintar, anda boleh menyaksikannya pada paparan besar melalui projektor anda. Maka, anda tidak perlu lagi menonton sesuatu pada paparan kecil di telefon anda.
5. Paparan seperti TV 4K tetapi harga lebih murah
Tambahan lagi, kualiti pancaran projektor juga tidak kurang hebatnya. Ada projektor yang boleh berikan anda paparan seperti Smart TV 4K, tetapi sudah tentu harganya lebih murah jika dibandingkan dengan TV itu. Maka, anda akan lebih jimat apabila membeli projektor.
Kesemua ciri ini ada dalam satu projektor, iaitu projektor Lumos Auro Home Cinema Short Throw Projector. Dengan tempahan awal, anda boleh dapatkannya pada harga RM999.
Jika anda berminat untuk mendapatkan projektor ini, anda boleh tekan di sini. Dengan setiap pembelian, anda juga akan mendapat penghantaran percuma beserta waranti 1 tahun.