• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SOP Hari Raya Aidilfitri bagi kawasan PKPD, PKP, PKPB dan PKPP

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:14 am
  • 07/05/2021
  • Komen
SOP Hari Raya Aidilfitri bagi kawasan PKPD, PKP, PKPB dan PKPP
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan SOP untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Berdasarkan SOP yang dikeluarkan, aktiviti takbir raya rumah ke rumah tidak dibenarkan langsung, tetapi takbir di masjid/surau dibolehkan mengikut pihak berkuasa negeri. Walaupun begitu, jamuan selepas solat raya hanya dibenarkan kepada kawasan PKPB dan PKPP sahaja.



Selain itu, ziarah rumah ke rumah pula dibenarkan untuk kawasan PKP, PKPB dan PKPP. Tetapi kebenaran itu berbeza dari segi had jumlah indidvidu dalam sebuah rumah satu-satu masa, serta tempoh hari yang dibenarkan.

Ziarah tanah perkuburan hanya dibenarkan kepada kawasan PKPB dan PKPP. Manakala penganjuran majlis / rumah terbuka hari raya tidak dibenarkan sama sekali dimana-mana kawasan sekalipun.



Berikut merupakan perincian SOP yang telah disediakan:

1. Kawasan PKPD

Bagi kawasan PKPD, sambutan hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja. Individu tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar dari rumah dan tidak dibenarkan melakukan amalan kunjung mengunjung.

2. Kawasan PKP

Aktiviti yang dibenarkan:

  1. Takbir raya di masjid / surau
  2. Solat hari raya di masjid / surau – jumlah kehadiran ikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri
  3. Ziarah hari raya – 1 Syawal sahaja, kehadiran kurang daripada 15 orang satu masa. Bergantung kepada saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

Aktiviti yang tidak dibenarkan:

  1. Takbir raya dari rumah ke rumah
  2. Jamuan selepas solat hari raya di masjid / surau
  3. Ziarah tanah pekuburan
  4. Penganjuran majlis / rumah terbuka hari raya

3. Kawasan PKPB

Aktiviti yang dibenarkan:

  1. Takbir raya di masjid / surau
  2. Solat hari raya di masjid / surau – jumlah kehadiran ikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri
  3. Jamuan selepas solat hari raya di masjid / surau
  4. Ziarah hari raya – 1 hingga 3 Syawal sahaja, kehadiran kurang daripada 20 orang satu masa. Bergantung kepada saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
  5. Ziarah tanah perkuburan – kurang 6 orang bagi setiap petak kubur dan kurang 30 minit

Aktiviti yang tidak dibenarkan:

  1. Takbir raya dari rumah ke rumah
  2. Penganjuran majlis / rumah terbuka hari raya

4. Kawasan PKPP

Aktiviti yang dibenarkan:

  1. Takbir raya di masjid / surau
  2. Solat hari raya di masjid / surau – jumlah kehadiran ikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri
  3. Jamuan selepas solat hari raya di masjid / surau
  4. Ziarah hari raya – 1 hingga 3 Syawal sahaja, kehadiran kurang daripada 25 orang satu masa. Bergantung kepada saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
  5. Ziarah tanah perkuburan – kurang 6 orang bagi setiap petak kubur dan kurang 30 minit

Aktiviti yang tidak dibenarkan:

  1. Takbir raya dari rumah ke rumah
  2. Penganjuran majlis / rumah terbuka hari raya

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk infografik di laman sesawang rasmi Kementerian Keselamatan Malaysia atau portal Majlis Keselamatan Negara.

[Sumber: KKM]

[Sumber gambar: NST]

Tags: pkpPKPBSOP
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
SOP Hari Raya Aidilfitri bagi kawasan PKPD, PKP, PKPB dan PKPP

SOP Hari Raya Aidilfitri bagi kawasan PKPD, PKP, PKPB dan PKPP

7 May 2021
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER