• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa iPad tidak ada aplikasi kalkulator?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:47 am
  • 11/05/2021
  • Komen
Kenapa iPad tidak ada aplikasi kalkulator?
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda perasan, iPhone, jam tangan Apple dan MacBook semuanya ada kalkulator, tetapi iPad tiada aplikasi itu.

Sebab iPad tiada kalkulator

Apabila iPad dicipta, seorang lelaki bernama Scott Forstall mengetuai perkembangan perisiannya. Dia juga bertanggungjawab kepada antara muka skeuomorfik awal di iOS. Pada masa itu, aplikasi kalkulator yang ada pada prototaip iPad merupakan versi iPhone.



Pasukan perisian menganggap produk akhir iPad akan dikeluarkan sekali dengan kalkulator itu, tetapi apabila Steve Jobs melihatnya sebulan sebelum iPad diperkenalkan, dia mengarahkan Scott Forstall untuk menarik semula rekaan itu dan reka kalkulator baru agar kelihatan baik di paparan iPad yang lebih besar atau ia tidak akan disertakan.

Tetapi, memandangkan pelancaran iPad hanya beberapa minggu lagi, Forstall tahu pasukannya tidak akan dapat menghasilkan aplikasi baru kalkulator dari awal, jadi iPad dilancarkan tanpa kalkulator.



Sebagai penyelesaiannya, pengguna perlu memuat turun aplikasi kalkulator pihak ketiga di ipad dari App Store.

Steve Jobs cerewet mengenai aplikasi kalkulator

Bukan sahaja menentang rekaan kalkulator pada iPad, malah pada tahun 1981, Steve Jobs pernah memimpin pengembangan Macintosh dan dia tidak begitu berpuas hati dengan reka bentuk awal sistem kalkulator.

Antara perkara yang tidak disukainya ialah mengenai warna latar belakang kalkulator, butang terlalu besar dan beberapa garis tidak mempunyai ketebalan yang betul.

Oleh itu Chris Espinosa datang dengan rekaan baru, tetapi tetap tidak disukai Steve Jobs. Maka, Espinosa memutuskan untuk membiarkan Jobs menggantinya sebagai pereka kalkulator.

Akhirnya, Jobs menghabiskan 10 minit untuk menyesuaikan reka bentuk kalkulator sehingga dia berpuas hati. Kalkulator itu akhirnya digunakan dengan Macintosh yang pertama pada tahun 1984 sehingga Mac OS 9 keluaran 2001.

iPad tak ada kalkulator sehingga sekarang

Sehingga kini, iPad tidak mempunyai aplikasi kalkulator. Menurut Craig Federighi, Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perisian Apple, mereka akan cipta aplikasi kalkulator pada iPad apabila mereka dapat lakukannya dengan baik.

Adakah rekaan kalkulator pada iPad perlu mendapat sentuhan Steve Jobs baru ia menjadi sempurna, sama seperti kalkulator pada Macintosh?

[Sumber: Apple Explained]

Tags: ipad
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa iPad tidak ada aplikasi kalkulator?

Kenapa iPad tidak ada aplikasi kalkulator?

11 May 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN