• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Orang ramai boleh kesan Covid-19 guna sampel air liur tidak lama lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:30 am
  • 13/05/2021
  • Komen
Orang ramai boleh kesan Covid-19 guna sampel air liur tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Buat masa sekarang, pasukan perubatan masih menggunakan kaedah persampelan melalui hidung dan mulut bagi mengesan kehadiran virus Covid-19 dalam badan pesakit. Tetapi, tidak lama lagi, kit ujian saringan Covid-19 secara kendiri menggunakan sampel air liur akan diperkenalkan.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media.



Pengeluaran kit saringan Covid-19

Menurutnya, dua kit dan dua syarikat yang sudah dikenal pasti itu sudah menjalankan ujian dan ia masih dalam peringkat pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Alatan Perubatan (MDA). Tetapi, melalui sidang media itu, beliau tidak menyatakan nama syarikat tersebut.

Tambahnya lagi, orang ramai boleh mendapatkan kit itu di farmasi apabila ianya selesai didaftar. Selain itu, petugas kesihatan juga akan dilatih menggunakan kit saringan tersebut bagi memastikan kaedah pengambilan sampel air liur dilakukan dengan tepat.



Apabila kit ini ada nanti, sudah tentu orang ramai boleh melakukan pengumpulan sampel air liur di mana-mana sahaja. Sama ada di rumah atau di tempat kerja tanpa perlu ke pusat kesihatan.

Sebelum ini, dua syarikat tempatan pernah muncul memperkenalkan kit saringan Covid-19 menggunakan sampel air liur, iaitu Alif Masyhur Sdn. Bhd. (Alif Masyhur) dengan kerjasama Fjord Diagnostics Sdn. Bhd. (Alif-Fjord). Kit tersebut dikenali sebagai Fjord-Saliva. Ia mengandungi alat dikenali sebagai Sediprep yang berfungsi untuk meningkatkan kepekatan kandungan virus dalam sampel air liur bagi mengesan Covid-19.

Beza saringan Covid-19 guna sampel air liur & persampelan melalui hidung dan mulut

Kaedah saringan Covid-19 menggunakan sampel air liur dilihat kurang menyakitkan berbanding persampelan dengan kaedah ‘nasopharyngeal’ serta ‘oropharyngeal’ swab, iaitu melalui hidung dan mulut. Hal ini kerana, tidak ada objek yang perlu dimasukkan ke dalam ruang hidung dan mulut apabila melakukan saringan menggunakan sampel air liur.

Selain itu, kaedah saringan sampel air liur juga membolehkan seseorang memasukkan air liur mereka sendiri ke dalam cawan spesimen sebelum menghantarnya ke makmal. Jika menggunakan kaedah persampelan melalui hidung dan mulut, ia perlu dilakukan oleh pegawai perubatan.

[Sumber: Kosmo, Bernama, NST]

Tags: COVID-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Orang ramai boleh kesan Covid-19 guna sampel air liur tidak lama lagi

Orang ramai boleh kesan Covid-19 guna sampel air liur tidak lama lagi

13 May 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN