• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Music akan datang dengan sokongan lagu Lossless, Spatial dan Dolby Atmos tanpa caj tambahan

  • OLEH Najib
  • 11:43 am
  • 19/05/2021
  • Komen
Apple Music akan datang dengan sokongan lagu Lossless, Spatial dan Dolby Atmos tanpa caj tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Apple Music tidak lama lagi boleh menikmati lagu dalam bunyi lebih berkualiti dan mengasyikkan. Ini kerana Apple akan membawakan format Lossless Audio berkualiti tinggi, audio spatial dan Dolby Atmos ke dalam katalog lagu di dalam Apple Music, bermula Jun 2021.

Tambahan lagu dalam audio lebih berkualiti ini tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan. Jadi pengguna Apple Music boleh menikmatinya terus dengan harga langganan yang serupa. Menurut Apple, lebih 75 juta lagu akan boleh dinikmati dalam format Lossless Audio. Manakala audio spatial dan Dolby Atmos akan terdapat di ribuan senarai dan ditambah setiap hari.



Setiap lagu yang menyokong format baru ini akan memiliki label pada senarai lagunya. Jadi pengguna boleh mengetahui dan menikmati lagu dalam bunyi lebih mengasyikkan, apabila dimainkan di dalam peranti dan fon kepala atau fon telinga yang menyokong format ini.

Contohnya, fon telinga Apple Airpods dan fon kepala Beats yang memiliki cip Apple H1 atau W1, boleh memainkan lagu yang menyokong format Dolby Atmos dan audio spatial. Ini boleh memberikan pengalaman bunyi sekeliling lebih hidup kepada pengguna.



Apple Music di iPhone, iPad, Macbook dan Android

Untuk kualiti audio tertinggi dalam format Lossless Audio, Apple menggunakan teknologi ALAC (Apple Lossless Audio Codec) yang menghasilkan bunyi sehingga tahap 24-bit 192kHz. Untuk perbandingan, kualiti lagu di cakera padat (CD) berada pada tahap 16-bit 44.1kHz.

Jika anda tidak tahu, Apple Music tidak terhad di peranti Apple seperti Macbook, iPad dan iPhone sahaja, ia juga boleh digunakan di komputer Windows dan peranti Android. Langganan Apple Music ditawarkan dari serendah RM6.90 untuk pelajar, RM14.90 untuk individu dan RM22.90 untuk keluarga sehingga 6 orang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, layari laman web Apple Music.

[Sumber: Apple]

Tags: appleapple music
Najib

Najib

POPULAR

Apple Music akan datang dengan sokongan lagu Lossless, Spatial dan Dolby Atmos tanpa caj tambahan

Apple Music akan datang dengan sokongan lagu Lossless, Spatial dan Dolby Atmos tanpa caj tambahan

19 May 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN