• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Maps kini cadangkan laluan yang minimumkan waktu membrek anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:30 pm
  • 19/05/2021
  • Komen
Google Maps kini cadangkan laluan yang minimumkan waktu membrek anda
Share on FacebookShare on Twitter

Selain di Google Photo, Google Maps juga memanfaatkan AI untuk berikan perkhidmatan terbaik buat penggunannya. Terdapat 5 kemas kini menarik yang diumumkan di Google I/O 2021 untuk Maps.

Mengenal pasti laluan yang tak perlu brek dengan kerap

Algoritma khas akan menganalisis dua jenis data. Data yang pertama ialah datang daripada sensor akselerometer pengguna Google Maps. Daripada situ ia boleh mengenal pasti sama ada kenderaan sedang membrek ataupun memecut.



Data kedua ialah daripada Google Maps. Misalnya ia akan mencari laluan yang banyak Lorong, paling kurang membelok, paling kurang lampu isyarat, dan sebagainya.

Menurut Google, dengan ciri baru ini, mereka mampu mengurangkan lebih 100 insiden brek mengejut dan seterusnya mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.



Navigasi berjalan kaki yang lebih terperinci

Google Maps bukan sahaja digunakan semasa memandu, malahan semasa mengambil pengangkutan awam dan berjalan kaki. Disebabkan kaedah navigasi untuk kereta tidak sama seperti ketika berjalan, Google Map mempertingkat butiran yang boleh dilihat semasa navigasi berjalan kaki.

View post on imgur.com

Contohnya, lokasi lintasan zebra dan lampu isyarat, semuanya ditandakan dengan jelas. Bagi memudahkan lagi pejalan kaki, saiz jalan dan siar kaki turut diperkemas mengikut skala.

Peta yang lebih beradaptasi

Apabila anda lakukan carian lokasi di Google Maps, anda boleh melihat tahap kesibukan secara masa nyata lokasi tersebut.

Tapi untuk tahun 2021 ini, fungsi tersebut telah diperluas ke seluruh peta. Misalnya, di tempat tumpuan awam, Google akan menandakan satu parameter di atas peta menunjukkan yang ia sedang berada dalam keadaan sesak.

View post on imgur.com

Maka, pengguna bolehlah merancang perjalanan untuk tidak melalui kawasan tersebut.

Kemudian, info-info yang terpapar atas peta juga akan dipersembahkan kepada pengguna mengikut kesesuaian. Contohnya, di waktu pagi, Google Maps akan mendahulukan kedai-kedai sarapan pagi manakala di waktu malam, restoren yang menyediakan juadah malam pula akan ditonjolkan.

View post on imgur.com

Kesemua ciri-ciri baharu yang diumumkan ini akan diterbitkan kepada pengguna global secara berkala kecuali peta pejalan kaki yang lebih terperinci. Fungsi tersebut akan ada di 50 bandar-bandar terpilih sebelum 2021 berakhir.

Sumber: Google

Tags: Googlegoogle i/o 2021google maps
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google Maps kini cadangkan laluan yang minimumkan waktu membrek anda

Google Maps kini cadangkan laluan yang minimumkan waktu membrek anda

19 May 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN