• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

5 ciri-ciri baharu yang akan tiba di Android 12

  • OLEH Najib
  • 3:02 pm
  • 20/05/2021
  • Komen
5 ciri-ciri baharu yang akan tiba di Android 12
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu perkara besar yang diumumkan semasa Google I/O 2021 adalah Android 12, sistem operasi (OS) mudahalih yang akan datang. Google dilihat membawakan perubahan besar untuk rupa dan rekaan antaramuka OS ini, di samping beberapa ciri-ciri baharu.

Google menyatakan, Android 12 dipertingkat prestasi dengan pengurangan penggunaan CPU untuk sistem teras sehingga 22% dan sistem pelayan sehingga 15%. Ini akan menyumbang kepada penggunaan bateri lebih efisyen untuk hayat peranti lebih lama.



1. Warna tema peribadi

Sebelum ini pengguna mempunyai set pilihan warna tema berdasarkan apa yang disediakan. Dengan Android 12 nanti, pengguna akan diberi pilihan untuk menetapkan sendiri warna tema OS secara keseluruhan. Ia bermula dengan pilihan wallpaper dan dari situ, sistem akan mengenal pasti warna yang utama, warna kedua utama dan warna yang serasi.

Dengan pilihan warna ini, sistem akan menetapkannya sebagai warna tema di seluruh antaramuka termasuk bahagian notifikasi, kunci skrin, kawalan bunyi, widget dan banyak lagi.



Google memanggil fungsi ini sebagai Material You, menggabungkan kebolehan perisian dan perkakas untuk membentuk bahasa rekaan yang lebih peribadi untuk setiap pengguna.

2. Rekaan semula ruang sistem

Susunan di antaramuka adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja memudahkan penggunaan peranti, malah menjadikan pengalaman penggunaan yang lebih selesa. Di Android 12, Google menjadikan ruang notifikasi aplikasi yang ditarik dari atas, lebih luas dan intuitif.

Sekali imbas, ia amat mirip dengan antaramuka One UI yang dihasilkan Samsung.

3. Semak kebenaran aplikasi di Papan Pemuka Privasi

Penggunaan aplikasi di dalam peranti boleh diperiksa dengan lebih mendalam di Android 12, dengan Papan Pemuka Privasi baharu. Di sini, pengguna boleh melihat sejarah dan garis masa setiap aktiviti aplikasi, seperti bilakah ia mengakses kamera, mikrofon, atau lokasi peranti.

4. Notifikasi penggunaan kamera dan aplikasi

Google juga menambah petunjuk apabila aplikasi menggunakan kamera atau mikrofon. Fungsi ini serupa seperti yang terdapat di iPhone bermula iOS 14 di mana ada LED hijau dan merah menyala di tepi kamera hadapan, apabila kamera dan mikrofon digunakan.

Jadi aplikasi tidak boleh menyorok jika menggunakan kamera atau mikrofon secara sembunyi. Pengguna kemudiannya boleh terus menghalang aplikasi jika tidak mahu membenarkan ia digunakan.

5. Kawalan maklumat lokasi

Akses kepada maklumat lokasi untuk aplikasi kini boleh ditetapkan antara lokasi tepat atau anggaran. Dengan lokasi anggaran, aplikasi akan diberikan makluamt jarak luas sebeperti di bandar mana berbanding lokasi tepat. Ia berguna untuk aplikasi yang tidak memerlukan lokasi tepat seperti cuaca dan jam.

Google kini menyediakan Android 12 tahap Beta untuk pengguna mengujinya di beberapa peranti terpilih, dengan kerjasama rakan pengeluar. Mereka menjangka untuk mencapai tahap Beta stabil pada bulan Ogos dan mengeluarkan versi akhir selepas itu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Android 12 Beta di Google.

Tags: android 12Google
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
5 ciri-ciri baharu yang akan tiba di Android 12

5 ciri-ciri baharu yang akan tiba di Android 12

20 May 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER