• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Selain Google Pixel, 10 pengeluar ini ada peranti yang boleh uji Android 12 Beta sekarang

  • OLEH Najib
  • 4:06 pm
  • 20/05/2021
  • Komen
Selain Google Pixel, 10 pengeluar ini ada peranti yang boleh uji Android 12 Beta sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Pengumuman tentang Android 12 di Google I/O 2021 turut disertai dengan senarai peranti yang boleh mengujinya di peringkat Beta. Ia tidak terhad kepada peranti keluaran Google sahaja iaitu Pixel. Bagaimanapun, tidak semua peranti Pixel akan dapat menerimanya.

Dari laman web Android 12 Beta, senarai telefon pintar Pixel yang boleh memasang dan menguji Android 12 Beta adalah:



  • Pixel 3
  • Pixel 3 XL
  • Pixel 3a
  • Pixel 3a XL
  • Pixel 4
  • Pixel 4 XL
  • Pixel 4a
  • Pixel 4a (5G)
  • Pixel 5

Dapat dilihat, peranti Pixel yang asal dan Pixel 2 tiada dalam senarai ini. Pixel generasi pertama dilancarkan pada tahun 2016 bersama Android 7 Nougat. Manakala Pixel 2 pada tahun 2017 dengan Android 8 Oreo.

Manakala pengeluar lain yang menyertai Google dalam menyediakan Android 12 Beta bersama senarai peranti mereka adalah:



  1. Asus – Zenfone 8
  2. OnePlus – OnePlus 9, OnePlus 9 Pro
  3. Oppo – Find X3 Pro
  4. Realme – Realme GT
  5. Sharp – Aquos Sense 5G
  6. Tecno – Camon 17
  7. TCL – TCL 20 Pro 5G
  8. Vivo – iQOO 7 Legend
  9. Xiaomi – Mi 11, Mi 11 Ultra, Mi 11i & Mi 11X Pro
  10. ZTE – Axon 30 Ultra 5G

Perlu diingatkan bahawa versi Beta adalah peringkat ujian dan tidak stabil. Pengguna tidak digalakkan memasangnya pada telefon pintar utama kerana ia mungkin mengakibatkan kehilangan data atau masalah lain.

Cara memasang Android 12 Beta

Untuk peranti Google Pixel yang serasi, cara untuk memasang Android 12 Beta adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman Google Android Beta dan daftar untuk menyertai Program Android Beta.
  2. Daftar masuk ke akaun Google anda apabila diminta.
  3. Senarai peranti yang serasi akan disenaraikan, kemudian tekan “Enroll in Beta Program“.
  4. Di peranti, pergi ke Settings > System > Advanced > System Update untuk memeriksa muat turun yang tersedia.

Jika anda pernah mendaftar Android Beta sebelum ini, anda perlu mendaftarnya semula untuk Android 12 Beta ini. Apabila sudah didaftarkan, anda akan menerima kemaskini Android 12 Beta secara automatik.

Kalau anda tidak lagi berminat untuk menggunakan versi Beta ini dan berhenti mendapatkan kemaskini, anda boleh menggunakan cara yang sama di atas tetapi memilih “Unenroll Device” pada langkah ke-3.

Bagi peranti selain Google Pixel, cara-cara untuk memasangnya boleh dirujuk di laman web pengeluar masing-masing. Klik pada senarai nama pengeluar di atas tadi untuk mengetahui caranya.

[Sumber: Tomsguide]

Tags: android 12Google
Najib

Najib

POPULAR

Selain Google Pixel, 10 pengeluar ini ada peranti yang boleh uji Android 12 Beta sekarang

Selain Google Pixel, 10 pengeluar ini ada peranti yang boleh uji Android 12 Beta sekarang

20 May 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN