• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Microsoft Teams kini percuma untuk semua, panggilan video sehingga 24 jam bersama 300 orang untuk masa terhad

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:43 pm
  • 20/05/2021
  • Komen
Microsoft Teams kini percuma untuk semua, panggilan video sehingga 24 jam bersama 300 orang untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, pengguna perlu membayar untuk menggunakan perkhidmatan Microsoft Team. Tetapi kini, Microsoft Teams tersedia secara percuma untuk kegunaan peribadi dalam kalangan keluarga dan juga rakan.

Panggilan video percuma

Fungsi kegunaan peribadi ini hampir sama dengan Microsoft Teams yang digunakan untuk perniagaan. Ia membolehkan anda bersembang, membuat panggilan video, berkongsi kalendar, lokasi, dan fail dengan mudah.



Dalam kemaskini ini, Microsoft Teams menawarkan panggilan video sehingga 24 jam percuma dan boleh berhubung dengan melibatkan sehingga 300 orang untuk masa terhad. Kemudian, selepas pandemik, ia akan kembali ke had sebenar 60 minit untuk panggilan video melibatkan sehingga 100 orang, tetapi akan mengekalkan had 24 jam untuk panggilan ke perseorangan.

Selain itu, Microsoft juga membenarkan pengguna versi peribadi Microsoft Teams untuk mengaktifkan mod Together. Ciri ini menggunakan AI untuk meletakkan imej wajah sehingga ke bahu anda, seterusnya menempatkan ia bersama-sama dengan imej keluarga atau rakan anda di sebuah ruangan maya.



Jika anda ingin cuba menggunakan Microsoft Teams ini, anda boleh muat turunnya sekarang sama ada di iOS, Android atau sebagai aplikasi komputer. Anda juga ada pilihan untuk menggunakannya di laman sesawang tanpa perlu memasang aplikasi.

[Sumber: TheVerge]

Tags: Microsoftmicrosoft teams
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Microsoft Teams kini percuma untuk semua, panggilan video sehingga 24 jam bersama 300 orang untuk masa terhad

Microsoft Teams kini percuma untuk semua, panggilan video sehingga 24 jam bersama 300 orang untuk masa terhad

20 May 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN