• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV pintar Mi TV P1 dilengkapi Android TV kini rasmi di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:15 pm
  • 20/05/2021
  • Komen
TV pintar Mi TV P1 dilengkapi Android TV kini rasmi di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Xiaomi membawa secara rasmi TV pintar keluaran mereka ke Malaysia. Malah, ia membariskan beberapa jenis dan saiz skrin, memberikan beberapa pilihan yang boleh memenuhi keperluan pengguna.

Salah satu model yang dilancarkan hari ini adalah siri Mi TV P1. Ia datang dalam tiga saiz iaitu 32-inci, 43-inci dan 55-inci. Perbezaan ini bukan sahaja dari segi saiz tetapi dari beberapa aspek lain juga.



Harga dan promosi

Siri Mi TV P1 43-inci dan 55-inci, akan dibuka tempahan awal mulai 6 Jun 2021 di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada, kedai Mi Store, Senheng dan pengedar sah Xiaomi terpilih. Bagi Mi TV P1 32-inci, tempahan awal juga dibuka mulai 6 Jun 2021 tetapi eksklusif dalam talian di Lazada dan Shopee sahaja.

Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Mi TV P1 32-inci – RM999
  • Mi TV P1 43-inci – RM1,799
  • Mi TV P1 55-inci – RM2,499

Khas untuk tempahan awal dalam stok terhad, siapa cepat dia dapat, Xiaomi memberikan hadiah percuma dan diskaun untuk pembeli. Bagi model 32-inci, diskaun sebanyak RM100 diberikan, menjadikan harganya RM899 sahaja. Selain itu, 100 pembeli terawal akan turut menerima Mi Smart Band 6 bernilai RM189 percuma.

Untuk model 43-inci, diskaun sebanyak RM300 diberikan, menjadikan harga belian kepada RM1,499 sahaja. Tetapi untuk model 55-inci, tiada diskaun diberikan sebaliknya banyak hadiah percuma disediakan.

Hadiah percuma untuk pembeli awal model 55-inci adalah set Mi AIoT bernilai RM566 berupa Mi Vacuum Cleaner Mini, Mi 360° Home Security Camera 2K, Mi Body Composition Scale 2 dan Mi Wi-Fi Range Extender Pro.

Selain itu, semua pembeli siri Mi TV P1 akan turut menerima langganan percuma sebulan untuk menonton WeTV, dan iQIYI dan Mango TV.

Mi TV P1 32-inci

TV pintar ini memiliki paparan LED seluas 32-inci dalam resolusi HD 1366×768 60Hz. Ia dipasang pembesar suara stereo berkuasa 2x5W. Kepintaran TV ini disumbang oleh Android TV 9.0 yang terbina di dalamnya, membolehkan pelbagai aplikasi dipaparkan di skrin besar.

Untuk sambungan, ia memiliki 3 port HDMI, 2 port USB 2.0, 1 port LAN 100Mbps dan 1 TV Tuner. Sambungan tanpa wayar pula disokong melalui Bluetooth 5.0 dan WiFi 5GHz.

Xiaomi memberikan alat kawalan jauh Bluetooth 360°, membolehkan kawalan tanpa perlu dihalakan ke TV. Alat kawalan ini memiliki butang khas Google Assistant, Netflix dan Prime Video.

Mi TV P1 43-inci & 55-inci

Perbezaan antara kedua-dua model ini adalah pada skrin sahaja. Seperti namanya, model 43-inci memiliki saiz 43-inci dengan resolusi UHD 4K, menyokong format HDR10, Dolby Vision dan MEMC. Model 55-inci pula memiliki saiz 55-inci dan resolusi UHD 4K, serta menyokong format HDR10+, Dolby Vision dan MEMC.

Selain ini, semuanya sama antara keduanya. Pembesar suara stereo berkuasa 2x10W terdapat di dalamnya dengan sokongan bunyi Dolby Audio dan DTS HD. Di samping itu, ia juga memiliki mikrofon terbina di TV, membolehkan kawalan pintar menggunakan suara tanpa alat kawalan jauh.

Sistem pintar lebih baharu menggunakan Android TV 10, menyokong Miracast dan Chromecast serta pelbagai aplikasi dipasang siap seperti Netflix, Youtube dan Prime Video.

Sambungan berwayar disediakan melalui 3 port HDMI, 2 port USB 2.0, 1 port LAN 100Mbps dan 1 TV Tuner. Sambungan tanpa wayar pula disokong melalui Bluetooth 5.0 dan WiFi 5GHz.

Untuk mengenali TV pintar Xiaomi ini dengan lebih lanjut, layari laman web Xiaomi Mi TV P1.

Tags: xiaomiXiaomi Mi TV P1
Najib

Najib

POPULAR

TV pintar Mi TV P1 dilengkapi Android TV kini rasmi di Malaysia

TV pintar Mi TV P1 dilengkapi Android TV kini rasmi di Malaysia

20 May 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER