• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Malaysia lancar Mi TV Q1, TV pintar premium 4K 120Hz QLED bersaiz 75-inci

  • OLEH Najib
  • 3:19 pm
  • 21/05/2021
  • Komen
Xiaomi Malaysia lancar Mi TV Q1, TV pintar premium 4K 120Hz QLED bersaiz 75-inci
Share on FacebookShare on Twitter

Selain TV pintar siri P1 yang dilihat mampu milik, Xiaomi turut melancarkan TV pintar premium mereka Mi TV Q1 ke Malaysia. Hanya ada satu saiz dalam siri ini, memiliki paparan berukuran 75-inci.

Harga dan tarikh jualan

Xiaomi Malaysia akan menjual Mi TV Q1 75-inci pada harga RM7,999 di sini. Tempahan awal akan dibuka mulai 6 Jun 2021. Ia akan boleh dibeli menerusi Lazada, serta di kedai Mi Stores, Senheng dan pengedar sah Xiaomi terpilih di Malaysia.



Bagi pembeli terawal, Xiaomi menyediakan hadiah percuma bernilai RM1,765 berupa set Mi AIoT iaitu Mi Air Purifier Pro H, Mi Vacuum Cleaner Mini, Mi 360° Home Security Camera 2K, Mi Body Composition Scale 2 dan Mi Wi-Fi Range Extender Pro. Bagaimanapun hadiah ini terhad, siapa cepat dia dapat.

Selain itu, pembeli TV ini turut menerima langganan percuma sebulan untuk WeTV dan iQIYI.



Spesifikasi

TV pintar ini memiliki paparan QLED dengan teknologi dot kuantum, serta resolusi ultra tinggi 4K UHD berukuran 75-inci. Ia juga memiliki tahap kecerahan tinggi dengan nisbah 10,000:1 serta menyokong Dolby Vision dan HDR10+, memberikan dinamik warna yang meluas.

Selain itu, ia memiliki kadar penyegaran setinggi 120Hz, sesuai digunakan bersama konsol permainan terbaru seperti Sony PlayStation 5. Pengalaman menarik ini ditambah lagi dengan sistem audio 30W berkualiti tinggi, menggunakan dua tweeter dan empat woofer, dengan sokongan bunyi Dolby Audio dan DTS-HD.

Dengan Android TV 10.0 terbina di dalam, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan hiburan menerusi lebih 5,000 aplikasi yang boleh dimuat turun di Google Playstore. Antara aplikasi popular yang dipasang siap padanya ialah Netflix, YouTube dan Amazon Prime Video. Pengguna juga boleh berkongsi kandungan dari telefon pintar terus ke Mi TV Q1 menerusi sokongan Chromecast dan Miracast.

Untuk sambungan, pelbagai port berwayar dan wayarles boleh digunakan seperti Bluetooth 5.0 dan WiFi 2.4GHz/5GHz, serta HDMI, USB, LAN, 3.5mm, optikal dan antena digital DVB-T2.

Maklumat lanjut mengenai TV Pintar premium ini boleh dirujuk di laman produk Mi TV Q1.

Tags: xiaomiXiaomi Mi TV Q1
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi Malaysia lancar Mi TV Q1, TV pintar premium 4K 120Hz QLED bersaiz 75-inci

Xiaomi Malaysia lancar Mi TV Q1, TV pintar premium 4K 120Hz QLED bersaiz 75-inci

21 May 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN