• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

5 Tips persediaan PdPR untuk pelajar

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:35 am
  • 23/05/2021
  • Komen
5 Tips persediaan PdPR untuk pelajar
Share on FacebookShare on Twitter

Jika ada dalam kalangan ahli keluarga anda terlibat dengan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggantikan sesi bersemuka di sekolah, anda perlu tahu 5 tips penting persediaan PdPR ini supaya sesi pembelajaran mereka dapat berjalan dengan baik.

1. Akses Internet

Perkara penting untuk memastikan pelajar dan guru dapat melaksanakan PdPR dengan baik ialah perlu adanya akses internet yang kukuh. Ia merupakan perkara yang penting kerana platform seperti Google Meet dan Zoom memerlukan internet yang stabil. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk menjayakannya ialah:



  1. Letakkan penghala (router) WiFi anda di tempat yang tinggi dan di tengah-tengah rumah agar ia boleh berikan ke setiap hujung rumah dengan sama rata.
  2. Jauhkan sebarang objek dari router. Peranti atau perkakas yang berdekatan atau di sebelah router anda menyebabkan gangguan isyarat. Ketuha gelombang mikro, set telefon rumah, dan juga kabel boleh mengganggu kekuatan isyarat WiFi anda.
  3. Anda juga boleh tebus 1gb data percuma yang dilanjutkan sehingga 31 julai 2021 daripada 5 syarikat telekomunikasi. Data percuma ini hanya boleh digunakan untuk aplikasi produktiviti dan pendidikan dalam talian.
  4. Tebus jaringan prihatin, RM180 dalam bentuk subsidi kredit prabayar atau rebat bil pascabayar serta tebus RM300 subsidi telefon pintar untuk BPR.

2. Peranti mudah alih

Untuk berhubung dengan tenaga pengajar, murid perlulah ada peranti mudah alih tidak kira sama ada laptop ataupun telefon pintar. Ia juga digunakan untuk mengakses bahan pelajaran yang dihantar secara dalam talian.

Sekiranya anda perlukan telefon pintar khas untuk PdPR, anda boleh membelinya mengikut bajet yang anda ada dan boleh tonton video di bawah ini sebagai panduan:



3. Buku teks digital

Mungkin ada segelintir pelajar tidak mempunyai akses kepada buku teks fizikal yang diperlukan atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, sebagai persedian, para pelajar boleh menggunakan kemudahan buku teks digital yang disediakan di portal Delima.

Pelajar hanya perlu log masuk menggunakan emel untuk mengakses buku digital dengan pelbagai mata pelajaran di dalamnya.

4. Suasana yang sesuai

Guru dan pelajar perlu berada dalam keadaan dan suasana yang selesa bagi menjayakan sesi PdPR. Satu tempat khas boleh disediakan bagi mengelakkan apa-apa kekangan dalam kelancaran sesi tersebut. Contohnya seperti ruangan yang mempunyai meja dan kerusi belajar yang selesa serta lokasi terletak di kawasan rangkaian internet yang stabil.

Jangan gunakan tempat tidur sebagai tempat belajar kerana itu merupakan ruang rehat. Jika tidak ada meja belajar di rumah, pelajar boleh gunakan rak, meja sisi katil atau duduk di lantai. Selain itu, pelajar juga disyorkan untuk belajar berdekatan dengan tingkap untuk mendapatkan cahaya semula jadi.

Ketika sedang dalam sesi pembelajaran pula, guru dan pelajar perlu menitikberatkan tentang aras mata pada skrin. Menurut Pakar Perubatan Sukan, Daren Molina, bergerak dan memastikan skrin berada pada aras mata (eye level) adalah perkara penting untuk mengurangkan masalah sakit belakang dan juga leher.

Apa yang pelajar boleh lakukan ialah dengan menggunakan laptop atau tablet stand atau letakkan peranti atas timbunan buku untuk mendapatkan skrin pada aras yang diperlukan. Ini dapat mencegah masalah kesakitan text neck pada mereka.

5. Kesediaan mental

Tidak dinafikan, pembelajaran secara tidak bersemuka sedikit sebanyak akan mengganggu emosi dan motivasi pelajar juga guru. Lebih-lebih lagi, apabila berlakunya masalah seperti gangguan rangkaian internet.

Bagi mengelakkan kemurungan atau tekanan yang berlebihan, mereka yang terlibat hendaklah mencari alternatif lain yang mampu menghilangkan stress. Sebagai contoh, melakukan hobi baru, mengamalkan pemakanan seimbang dan berikan masa kepada diri untuk menstabilkan emosi serta mental.

Selain itu, individu yang terlibat juga boleh hubungi Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan secara kerjasama antara KKM-Mercy Malaysia dan talian helpline agensi kerajaan lain seperti Talian Kasih oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Talian KSK-Care (Keluarga, Sosial dan Komuniti) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

[Sumber: Mypendidik, Lifehack, Metro]

[Sumber gambar: CNN]

Tags: PdPR
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
5 Tips persediaan PdPR untuk pelajar

5 Tips persediaan PdPR untuk pelajar

23 May 2021
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER