• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tahukah anda yang pelajar sekolah boleh dapatkan buku teks digital percuma melalui portal Delima?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:57 am
  • 20/01/2021
  • Komen
Tahukah anda yang pelajar sekolah boleh dapatkan buku teks digital percuma melalui portal Delima?
Share on FacebookShare on Twitter

Ada satu portal ini, ia dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namanya adalah Digital Educational Learning Initiave Malaysia (DELIMA) dan adalah usaha KPM untuk mendigitalkan bilik darjah.

Ia bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya dijenamakan semula daripada program Frog Virtual Learning Environment (Frog VLE) yang kontraknya selama 15 tahun dianugerahkan kepada YTL pada 2011.



Pelajar boleh mengakses portal Delima menggunakan maklumat log masuk berupa email dengan domain @moe.-dl.edu.my yang dibekalkan kepada mereka sewaktu pendaftaran sekolah dilakukan.

Sekiranya pelajar tidak tahu akan info tersebut, mereka boleh berhubung dengan Guru ICT sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat log masuk beserta kata laluan untuk portal delima.



Buku Teks Digital

Ini adalah benda paling penting untuk pelajar yang belajar dari rumah. Sekiranya mereka tiada akses kepada bukuk teks fizikal, mereka boleh muat turun versi digital melalui Delima.

Buku teks Sekolah Rendah yang ada ialah daripada Tahun 1 hinggalah Tahun 6 manakala pelajar Sekolah Menengah boleh muat turun buku teks untuk Tingkatan 1 hinggalah Kelas Peralihan.

Aplikasi Percuma

Pelajar yang melog masuk dalam portal Delima juga akan beroleh aplikasi percuma. Memang ada sesetengah aplikasi ini memang didatangkan percuma tapi untuk pelajar, akan ada manfaat tambahan seperti storan lebih luas dan sebagainya.

Anda boleh gunakan servis seperti Google Classroom, tempat para Guru memasukkan kerja-kerja rumah ataupun Google Drive yang ada storan 1TB yang boleh digunakan secara percuma.

Microsoft pula berikan akses kepada Office 365 secara percuma disamping penggunaan Microsoft Teams, One Drive, dan Whiteboard.

[Sumber: Gambar pemuka]

Tags: delimaGoogleoffice365pkp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tahukah anda yang pelajar sekolah boleh dapatkan buku teks digital percuma melalui portal Delima?

Tahukah anda yang pelajar sekolah boleh dapatkan buku teks digital percuma melalui portal Delima?

20 January 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN