• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp akan benarkan penghijrahan data antara iOS & Android

  • OLEH Najib
  • 1:38 pm
  • 24/05/2021
  • Komen
Waspada taktik pancing kod pengesahan WhatsApp untuk tujuan penipuan
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu perkara yang membuatkan pengguna peranti pintar susah untuk bertukar antara iOS dan Android, adalah kerana WhatsApp. Ini kerana ia tidak boleh memindahkan sejarah perbualan di antara keduanya, hanya boleh di dalam sistem operasi (OS) yang sama. Tetapi ia akan berubah tidak lama lagi.

Menurut @wabetainfo yang sering melaporkan berita tentang makluman dalaman WhatsApp yang belum diumumkan, Facebook kini sedang menguji untuk membawa kemudahan bertukar data antara OS berbeza. Ini akan membenarkan perpindahan sejarah perbualan dari iOS ke Android, dan dari Android ke iOS.



Buat masa ini, WhatsApp di iOS hanya membenarkan sejarah disimpan di iCloud dan dikembalikan semula di iOS juga. Di Android pula, ia menggunakan Google Drive untuk simpanan dan mengembalikan semula sejarah perbualan.

Bukan ini sahaja, @wabetainfo juga melaporkan bahawa WhatsApp akan turut membenarkan sejarah perbualan dipindahkan ke nombor telefon yang berbeza, di Android. Ia akan turut membolehkan media dipindahkan ke nombor telefon baharu.



Walau bagaimanapun, masih belum diketahui bilakah kemaskini ini akan dilepaskan untuk pengguna. Nanti senanglah pengguna iPhone untuk bertukar ke telefon pintar Android.

[Sumber: @wabetainfo]

Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Waspada taktik pancing kod pengesahan WhatsApp untuk tujuan penipuan

WhatsApp akan benarkan penghijrahan data antara iOS & Android

24 May 2021
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN