• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bersempena EURO 2020, Hisense perkenal TV 4K pelbagai saiz pada harga bermula RM1,999

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:28 am
  • 25/05/2021
  • Komen
Bersempena EURO 2020, Hisense perkenal TV 4K pelbagai saiz pada harga bermula RM1,999
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai persediaan menghadapi kempen EURO 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun 2021 hingga 11 Julai 2021, Hisense telah memperkenalkan beberap model TV baharu mereka untuk pasaran Malaysia. Ada pelbagai saiz boleh anda pilih tapi asasnya model-model baharu ini terbahagi kepada dua kategori bergantung kepada sistem operasi yang dijalakannya.

Hisense 4K Android TV model A6500G

Seperti namanya, varian yang berada dalam keluarga A6500G semuanya menjalankan sistem operasi Android TV. Berikut adalah harga-harga mereka mengikut saiz:



  1. 50” – RM2,899
  2. 55” – RM3,299
  3. 65” – RM4,399
  4. 70” – RM5,799

Hisense menampilkan rekaan bingkai nipis pada TV ini dan mereka dilengkapi panel UHD 4K dengan sokongan HDR 10. Salah satu naik taraf yang boleh anda perasan ialah ia kini ada Wi-Fi 5 dan tidak lagi Wi-Fi 4 (2.4Ghz) semata-mata.

Selain sambungan Wi-Fi ia juga boleh bersambung kepada Internet melalui port RJ45. Motion enhancement and compensation (MEMC), ciri yang buatkan panel 60Hz Nampak seperti 120Hz hanya hadir pada varian 65” dan keatas.



Anda boleh rasai segala manfaat TV pintar melalui Android TV 9 yang memperkasakannya. Bolehlah anda menonton Netflix dalam resolusi 4K dan memasang segala macam fail APK yang tidak boleh anda temui dalam PlayStore versi Android TV.

Hisense 4K UHD TV model A6100G

Keluarga A6100G miliki spesifikasi yang hampir sama dengan A6500G tapi ia menggunakan sistem operasi VIDAA dan bukannya Android TV. Tapi sebelum itu, berikut adalah senarai harga untuk keluarga A6100G:

  1. 43” – RM1,999
  2. 50” – RM2,699
  3. 55” – RM2,999
  4. 58” – RM3,299
  5. 65” – RM3,999

Berbalik kepada sistem oeprasi VIDAA, ia adalah sistem oeprasi TV yang dibangunkan oleh Hisense sendiri. Ia memberikan anda ciri-ciri pintar macam Android TV tapi aplikasinya tidaklah anda boleh pasang daripada PlayStore sebaliknya mereka ada gedung aplikasi mereka yang tersendiri.

Salah satu fungsi menarik VIDAA OS ialah anda boleh kawal TV menggunakan RemoteNOW App termasuklah Tindakan menghidup dan mematikan televisyen.

Anda beroleh I/O yang sama seperti A6500G seperti Wi-Fi 6 dan RJ45. Sistem audionya menggunakan teknologi DTS Studio Sound berbanding Dolby Atmos pada keluarga A6500G.

Di mana nak dapatkan TV Hisense?

Kesemua TV ini sudah boleh didapatkan di Malaysia dari pengendar sah yang berdekatan. Anda boleh layari laman rasmi produk tersebut untuk maklumat lanjut.

  • Hisense siri A6500G
  • Hisense siri A6100G
Tags: HiSenseTV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Bersempena EURO 2020, Hisense perkenal TV 4K pelbagai saiz pada harga bermula RM1,999

Bersempena EURO 2020, Hisense perkenal TV 4K pelbagai saiz pada harga bermula RM1,999

25 May 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN