• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Masa menunggu LRT Kelana Jaya lebih panjang bagi proses pembersihan akibat kemalangan

  • OLEH Najib
  • 10:17 am
  • 25/05/2021
  • Komen
Pas tanpa had Bas dan LRT RapidKL My50 dan MY100 mula dijual
Share on FacebookShare on Twitter

Satu kemalangan telah berlaku mengakibatkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya malam semalam, di antara stesen KLCC dan Kampung Baru. Kemalangan ini telah mengakibatkan 166 cedera ringan dan 47 orang lagi cedera parah.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pemilik pengangkutan awam LRT ini mengumumkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa bermula jam 6.00 pagi ini, dengan menggunakan satu landasan (single track) serta disokong oleh perkhidmatan bas perantara percuma (pada waktu puncak).



Pengguna pula terpaksa menjangkakan waktu menunggu yang lebih lama antara setiap tren, sekitar 10 minit pada waktu puncak dan sehingga 60 minit diluar waktu puncak. Ia juga untuk mematuhi arahan kerajaan untuk pelaksanaan PKP 3.0 yang lebih ketat bermula 25 Mei 2021.

Jadual kekerapan tren LRT Laluan Kelana Jaya terkini adalah seperti berikut:



Bagaimanapun, kekerapan tren mungkin akan diubahsuai mengikut keperluan semasa operasi.

Bagi melancarkan lagi pergerakan penumpang, Prasarana juga ada menyediakan lima buah bas perantara dua tingkat percuma, dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit, untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park. Kakitangan operasi juga akan ditempatkan di setiap platform stesen di antara Stesen Pasar Seni sehingga Stesen Ampang Park untuk memantau, membantu untuk memudahkan pergerakan penumpang.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga (3) hari, setelah semua kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selesai. Kerja-kerja sanitasi di Stesen KLCC serta di kawasan sekitarnya akan dilakukan setiap masa bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Prasara juga menggalakkan pengguna perkhidmatan Rapid KL untuk menggunakan aplikasi PULSE yang boleh dimuat turun melalui melalui Google PlayStore atau Apple AppStore, bagi merancang perjalanan mereka.

[Sumber: MyRapid]

Tags: RapidKL
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pas tanpa had Bas dan LRT RapidKL My50 dan MY100 mula dijual

Masa menunggu LRT Kelana Jaya lebih panjang bagi proses pembersihan akibat kemalangan

25 May 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN