• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan vaksin AstraZeneca pusingan 2 untuk 18 tahun ke atas dibuka 12 tengah hari, 26 Mei 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:23 pm
  • 25/05/2021
  • Komen
Tempahan vaksin AstraZeneca pusingan 2 untuk 18 tahun ke atas dibuka 12 tengah hari, 26 Mei 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Dua hari selepas sesi tempahan vaksin COVID-19 AstraZeneca dibuka untuk golongan warga emas, YB Khairy Jamaludidn mengumumkan yang sesi tempahan untuk 18 tahun keatas akan diadakan pada 26 Mei 2021 pada jam 12 tengah hari.

Tempahan janji temu vaksin AstraZeneca bagi DEWASA 18 TAHUN KEATAS akan dibuka pada Rabu (26 Mei, 2021) di https://t.co/OBSMIWAJ6O

Terbuka kepada mereka di Johor, KL, P. Pinang, Sarawak & Selangor.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/gdkPFf2oK3

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) May 25, 2021

Daripada 1.24 juta dos yang ditawarkan JKJAV untuk pusingan kedua ini, hanya 228,347 sahaja yang ditempah warga emas. Maka, ada sekitar 1 juta dos lagi yang masih boleh ditempah.



Jadi, inilah peluang keemasan buat individu yang berusia 18 tahun dan ke atas, tinggal di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, dan Sarawak untuk mendapatkan dos vaksin masing-masing. Sebanyak 8 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dilantik untuk memberikan dos AstraZeneca iaitu:

  1. Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang
  2. Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru
  3. Borneo Convention Center Kuching, Sarawak
  4. Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak
  5. World Trade Centre Kuala Lumpur
  6. Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  7. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
  8. Ideal Convention Centre, Shah Alam, Selangor

Setakat 24 Mei 2021 lalu, Malaysia telah memberikan 2,483,496 dos vaksin kepada penerima. Daripada jumlah tersebut, 1,578,225 ialah individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala yang telah menerima dos kedua ialah 905,271 orang.



Anda boleh tanda pautan ini untuk laluan pantas ke halaman tempahan AstraZeneca.

Tags: astrazenecavaksinVaksin Covid-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Tempahan vaksin AstraZeneca pusingan 2 untuk 18 tahun ke atas dibuka 12 tengah hari, 26 Mei 2021

Tempahan vaksin AstraZeneca pusingan 2 untuk 18 tahun ke atas dibuka 12 tengah hari, 26 Mei 2021

25 May 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER