• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Fungsi ECG Di Apple Watch boleh mula digunakan di Malaysia sekarang

  • OLEH Najib
  • 12:48 pm
  • 27/05/2021
  • Komen
Apple Watch bantu kesan penyakit jantung misteri seorang rakyat Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti dimaklumkan sebelum ini, kemaskini Apple watchOS 7.5 akan membawakan sokongan ECG di Apple Watch di Malaysia. Kemaskini ini telah mula dilepaskan dan pengguna Apple Watch di Malaysia kini boleh mula menggunakan fungsi ECG di jam pintar Apple mereka.

Fungsi ECG atau elektrokardiogram membolehkan bacaan denyutan nadi dibaca dengan lebih tepat berbanding sensor optikal. Selain itu, fungsi pengesan denyutan nadi tidak sekata turut boleh digunakan di Apple Watch dalam kemaskini terbaru ini.



Model Apa Menyokong ECG dan Denyutan Nadi Tidak Sekata?

Apple memperkenalkan fungsi ECG di Apple Watch bermula di Series 4 dan kini ia juga terdapat di Series 5 dan Series 6. Bagaimanapun, Apple Watch SE yang baharu tidak memiliki fungsi ECG terbina di dalamnya.

Bagi fungsi pengesan denyutan nadi tidak sekata, ia disokong dari model Series 3 dan turut ada di Apple Watch SE.



Untuk menggunakan fungsi ECG dan pengesan denyutan nadi tidak sekata, anda harus memastikan jam pintar dikemaskini ke watchOS 7.5 dan telefon pintar ke iOS 14.6. Selain itu, fungsi ECG hanya boleh diaktifkan untuk pengguna berusia 22 tahun dan ke atas.

Cara menggunakan fungsi ECG di Apple Watch

Selepas selesai memuat turun dan memasang kemaskini di Apple Watch dan iPhone, pengguna akan dapat melihat aplikasi ECG terdapat di dalam Apple Watch. Lancarkan aplikasi tersebut dan sentuh jari anda ke butang Digital Crown. Sentuhan ini menghantar signal elektrik kepada jam dan ia akan mula mengukur signal elektrik dari jantung pengguna.

Langkah ini akan mengambil sekitar 30 saat dan ia akan memberitahu pengguna sama ada rentak denyutan nadi pengguna sebagai AFib, AFib with high heart rate (AFib berkadar tinggi), sinus rhythm (rentak sinus), low or high heart rate (deguptan rendah atau tinggi), inconclusive (tidak dapat dipastikan) atau poor reading (bacaan tidak bagus).

Bacaan ECG ini akan disimpan hanya di dalam aplikasi Health pengguna. Jika perlu, pengguna boleh berkongsi maklumat ini dengan doktor menerusi fail PDF.

Makluman Denyutan Nadi Tidak Sekata

Menggunakan pengimbas denyutan nadi optikal yang terdapat di Apple Watch Series 3 dan ke atas, jam pintar ini boleh memantau rentak denyutan nadi pengguna bagi mengesan tanda-tanda AFib. Ia akan memberi amaran kepada pengguna jika mengesan deyuntan nadi tidak sekata dalam 5 rentak sekurang-kurangnya selama 65 minit.

Jika anda memiliki Apple Watch bersama ECG, ia akan memberi maklumat lebih tepat. Menurut Apple, aplikasi ECG di Apple Watch boleh mengesan dengan tepat bacaan ECG sama ada ia AFib atau rentak sinus, dan disahkan menerusi ujian klinikal melibatkan sekitar 600 peserta.

Apabila dibandingkan dengan 12 standard ECG, mereka menemui ECG di Apple Watch membaca dengan tepat 99.3% bacaan rentak sinus dan 98.5% bacaan AFib. Kajian juga menemui 87.8% bacaan ECG di Apple Watch boleh dikategorikan dengan tepat.

Tags: appleapple watch
Najib

Najib

POPULAR

Apple Watch bantu kesan penyakit jantung misteri seorang rakyat Malaysia

Fungsi ECG Di Apple Watch boleh mula digunakan di Malaysia sekarang

27 May 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN