• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak terima pengesahan, tapi ada pengguna sudah terima janji temu AstraZeneca, apa cerita?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:53 am
  • 27/05/2021
  • Komen
Tak terima pengesahan, tapi ada pengguna sudah terima janji temu AstraZeneca, apa cerita?
Share on FacebookShare on Twitter

Pascapusingan kedua tempahan vaksin COVID-19 AstraZeneca, orang ramai mula berkongsikan pengalaman masing-masing perihal cabaran menembusi laman web JKJAV.

Antara yang menarik adalah, ada beberapa pengguna yang telah terima tarikh temu janji, walaupun pada hari tempahan, mereka tidak menerima sebarang pengesahan yang permohonan mereka sudah direkodkan sistem. Ia selepas pengguna tersebut memeriksa APP MySejahtera dan mendapati ada tarikh janji temu.



Didn’t manage to register yesterday but thanks to my manifesting powers I’ve got an appointment on 30th June. ? pic.twitter.com/5jHyyt7NFx

— #FreePalestine (@AshrafAriff) May 27, 2021

Same. Smlm nk submit apa pon tk boleh but td tergerak hati nk cek my sejahtera and Alhamdulillah dapat pic.twitter.com/TFyFKCN5oE

— Si manis ☺️ (@kyrvRv) May 27, 2021

Check your MySejahtera everyone! Maybe you got an appointment too! ?
Kawan balik lah dengan @JKJAVMY ?

From this. To this. pic.twitter.com/Kh8YoelZCV

— NN #FreePalestine ?? (@NadirahOthman) May 27, 2021

Banyak lagi perkara-perkara menarik berlaku sekitar tempahan vaksin AstraZeneca 26 Mei 2021. Misalnya, tahukah anda yang kerajaan memperuntukkan RM70 juta untuk membangunkan sistem MySejahtera, daripada laman web hinggalah kepada sistem pemakluman melalui SMS, email, dan sebagainya tentang janji temu serta hal-hal merekodkan pendaftaran?

Join tiktok live tonight to discuss about #vaksin #AstraZeneca and the website review;https://t.co/m4dsGuXfUa pic.twitter.com/i9Q1p4xgQP

— Sam Suresh (@samsureshx) May 26, 2021

Namun, daripada komen-komen orang yang berkecimpung dalam dunia pembangunan laman web, mereka katakan yang laman pendaftaran ini tidak mencerminkan yang di dibangunkan daripada peruntukkan RM70 juta.



Misalnya, kegagalan halaman pendaftaran untuk mengakses API JKJAV berkaitan pendaftaran disebabkan penggunaan Cloudflare versi percuma. Versi yang percuma sudah tentu ada had bilangan sambungan yang mampu ditampungnya dan apabila sampai had, Cloudflare tidak akan benarkan sistem mengakses API yang dilindungi Cloudflare.

Ia menjelaskan kenapa bahagian negeri tidak boleh ditekan semasa pengguna lakukan pendaftaran. Masalah ini sangat remeh kerana berkaitan Cross-origin resource sharing dan ia dengan mudahnya boleh diatasi dengan melakukan partition pada database untuk menyuraikan trafik masuk ke beberapa laluan berbanding 1 laluan sahaja, menurut pembangun.

Tags: astrazenecaCOVID-19covid19Vaksin Covid-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tak terima pengesahan, tapi ada pengguna sudah terima janji temu AstraZeneca, apa cerita?

Tak terima pengesahan, tapi ada pengguna sudah terima janji temu AstraZeneca, apa cerita?

27 May 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN