• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna boleh simpan gambar dari Gmail terus ke Google Photos tidak lama lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:00 pm
  • 28/05/2021
  • Komen
Pengguna boleh simpan gambar dari Gmail terus ke Google Photos tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, apabila menerima gambar melalui e-mel di Gmail, anda hanya akan mendapat pilihan untuk menambah gambar itu ke dalam drive (add to my drive), cetak (print), muat turun (download), dapatkan maklumat (details) dan bukanya di tetingkap baru (open in new window).

Namun, tidak lama lagi, anda akan mendapat satu pilihan baru, iaitu save to Photos.



Pilihan ini membolehkan anda menyimpan gambar terus ke Google Photos dari akaun Gmail, tanpa perlu memuat turunnya. Namun buat masa ini, ciri ini hanya tersedia untuk gambar dengan format JPEG sahaja.

Ciri baru ini sudah mula dilancarkan secara beransur-ansur kepada semua pengguna Gmail. Ia memakan masa selama 15 hari untuk diberikan kepada semua pengguna, jadi mungkin ia memerlukan sedikit masa sebelum anda mendapatkannya.



Sekiranya anda sudah mendapat akses ke ciri ini, anda mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk menyimpan seberapa banyak fail yang anda inginkan ke Google Photos, sebelum perkhidmatan penyimpanan tanpa had secara percuma diberhentikan.

Selepas 1 Jun, sebarang foto atau video yang anda muat naik ke dalam Google Photos akan dikira sehingga had 15GB. Oleh itu, anda perlu membayar untuk mendapatkan ruang simpanan tambahan kecuali jika anda mempunyai peranti Pixel.

Untuk mendapatkan lebih storan, anda boleh langgan storan awan Google One. Pilihan yang anda ada adalah seperti berikut:

Pelan bulanan

  • RM8.49/bulan untuk 100GB
  • RM11.99/bulan untuk 200GB
  • RM42.99/bulan untuk 2,000GB

Pelan tahunan

  • RM84.99/tahun untuk 100GB
  • RM119.99/tahun untuk 200GB
  • RM429.99/tahun untuk 2,000GB

[Sumber: Engadget]

Tags: GoogleGoogle Photos
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pengguna boleh simpan gambar dari Gmail terus ke Google Photos tidak lama lagi

Pengguna boleh simpan gambar dari Gmail terus ke Google Photos tidak lama lagi

28 May 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN