• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Teknologi HyperCharge Xiaomi hanya perlukan 8 minit untuk cas penuh Mi 11 Pro

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:33 pm
  • 31/05/2021
  • Komen
Teknologi HyperCharge Xiaomi hanya perlukan 8 minit untuk cas penuh Mi 11 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi melalui satu utusan terbaharu mereka di Facebook memperagakan teknologi HyperCharge mereka. Ia adalah tekonlogi pengecasan pantas yang katanya mampu mengepam masuk tenaga pada kadar 200W, lebih pantas daripada apa-apa yang ada dalam industri telefon pintar setakat ini.

Berdasarkan video yang dikongsikan, mereka menggunakan Mi 11 Pro yang telah diubahsuai. Untuk mengisi bateri 4,000mAh telefon itu, HyperCharge Cuma mengambil masa 8 minit sahaja. Jika nak bercerita tentang separuh penuh, cuma 3 minit sahaja diperlukan.



Pengecasan wayarles juga tidak kurang hebatnya, menggunakan pengecas wayarles 120W. Cuma 15 minit sahaja diperlukan untuk mengecas penuh.

Sungguhpun pantas, beberapa persoalan timbul berkaitan keselamatan ciri ini. Disebabkan kepala pengecas bekerja pada kadar 200W, sudah tentu haba yang terhasil daripada proses itu tinggi kerana kerja yang sepatutnya dilakukan 60 minit dimampatkan dalam bingkai masa 8 minit.



Selain haba, jangka hayat bateri turut dipersoalkan kerana kitaran pengecasan berlaku terlalu pantas, mungkin kestabilan bateri menjadi kompromi.

Kalau bercerita tentang pengecasan pantas, yang boleh anda temui secara komersial setakat ini masih OPPO dan Realme. Mereka masing-masing ada pengecasan pantas 65W, terpantas setakat ini.

Sumber: Xiaomi

Tags: mi 11mi 11 proxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Teknologi HyperCharge Xiaomi hanya perlukan 8 minit untuk cas penuh Mi 11 Pro

Teknologi HyperCharge Xiaomi hanya perlukan 8 minit untuk cas penuh Mi 11 Pro

31 May 2021
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER