• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PENUTUPAN PENUH PKP: Bawah 12 tahun tidak boleh keluar rumah kecuali untuk 4 perkara

  • OLEH Najib
  • 1:19 pm
  • 01/06/2021
  • Komen
PENUTUPAN PENUH PKP: Bawah 12 tahun tidak boleh keluar rumah kecuali untuk 4 perkara
Share on FacebookShare on Twitter

Penutupan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PPPKP) telah bermula hari ini, 1 Jun sehingga 14 Jun 2021. Salah satu larangan pergerakan yang perlu diketahui oleh ibubapa ialah larangan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk berada di luar rumah.

Menurut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah protokol kesihatan umum, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, tidak dibenarkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam, kecuali untuk 4 tujuan iaitu:



  1. Kecemasan
  2. Rawatan
  3. Pendidikan
  4. Senaman
Sumber

Maksud 4 tujuan ini dilihat masih agak umum. Tujuan kecemasan mungkin berkaitan kematian atau kemalangan, manakala tujuan rawatan dibolehkan untuk pergi ke klinik atau hospital jika kurang sihat.

Dua tujuan lagi lebih terbuka iaitu pendidikan dan senaman. Agak pelik kerana semua sekolah ditutup sepanjang PPPKP. Senaman pula tidak dibenarkan untuk lebih seorang dan terhad kepada jogging dan senaman dengan penjarakan fizikal 2 ke 3 meter.



Sumber

Bagaimanapun, semua orang dinasihatkan untuk tidak keluar rumah langsung melainkan perkara sangat penting seperti mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan. Hadkan juga supaya pembelian dilakukan sekali untuk bekalan selama 14 hari ini. Ia penting untuk kita menghentikan penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Hisham Abdullah berkongsi data mengenai jangkitan COVID-19 tahun ini, di mana sebanyak 54,939 kes melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Remaja berusia 12-17 tahun pula sebanyak 27,402 kes.

From 25th Jan 2020 till 30th May 2021, 82,341 COVID-19 cases reported among those aged <18. Breakdown by age group:
0-4 y.o :19,851 cases
5-6 y.o :8,237 cases
7-12 y.o :26,851 cases
13-17 y.o: 27,402 cases
The virus is in the community. Protect our children by complying with SOPs

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 31, 2021

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba pula menasihatkan ibu bapa atau penjaga, untuk bertanggungjawab melindungi golongan berkenaan daripada dijangkiti seperti tidak membawa anak mereka ke tempat yang sesak. Menurutnya, walaupun tiada peruntukan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan kompaun dikenakan kepada ibu bapa yang membawa anak ke tempat sesak, namun kertas siasatan boleh dibuka.

[Sumber & Gambar: Malay Mail]

Tags: pkp
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
PENUTUPAN PENUH PKP: Bawah 12 tahun tidak boleh keluar rumah kecuali untuk 4 perkara

PENUTUPAN PENUH PKP: Bawah 12 tahun tidak boleh keluar rumah kecuali untuk 4 perkara

1 June 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER