• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Penutupan penuh PKP di Malaysia dari 1 hingga 14 Jun 2021

  • OLEH Najib
  • 8:47 pm
  • 28/05/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia sekali lagi akan dikenakan sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dibuat pada bulan Mac 2020. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan untuk untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara.

Penutupan penuh fasa pertama ini akan dibuat selama 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Sepanjang tempoh ini, SEMUA sektor TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.



Keputusan ini dibuat oleh MKN selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia, serta jumlah kematian yang meningkat akibat wabak. Malah, kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini.

Pelan Fasa Pertama, Kedua & Ketiga

Jika sekatan penuh PKP fasa pertama berjaya mengurangkan kes harian COVID-19, maka kerajaan akan melaksanakan fasa kedua dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal. Fasa kedua akan dilaksanakan untuk tempih empat minggu selepas fasa pertama berakhir.



Langkah seterusnya fasa ketiga, iaitu PKP seperti masa kini di mana aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan.

Keputusan untuk beralih ke fasa yang berikutnya tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara.

Bantuan Kewangan Untuk Rakyat

Kementerian Kewangan pula akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan dalam masa terdekat.

Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Yang terbaik ialah duduk di rumah atau STAY AT HOME untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19.

[Sumber: Perdana Menteri]

Tags: COVID-19muhyiddin yassinpkp
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

PKP: Penutupan penuh PKP di Malaysia dari 1 hingga 14 Jun 2021

28 May 2021
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN