• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco M3 Pro merampas takhta telefon 5G paling murah di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:11 pm
  • 01/06/2021
  • Komen
Poco M3 Pro merampas takhta telefon 5G paling murah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar 5G menjadi semakin murah di Malaysia, selepas Poco melancarkan model terbaru, Poco M3 Pro 5G di Malaysia hari ini. Ia kini menduduki takhta telefon pintar 5G paling murah dijual di Malaysia.

Orang ramai boleh membeli Poco M3 Pro dari harga serendah RM699. Terdapat dua varian yang akan memasuki pasaran Malaysia iaitu:



  • Poco M3 Pro 5G (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM699
  • Poco M3 Pro 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM799

Jualan pertama Poco M3 Pro 5G di Malaysia telah ditetapkan pada 6 Jun 2021. Sebagai pengenalan, Poco turut menyediakan harga promosi iaitu diskaun sebanyak RM100 untuk kedua-dua varian bagi pembeli di jualan kilat pada hari pertama jualan, secara eksklusif di Shopee.

  • Poco M3 Pro 5G (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM599
  • Poco M3 Pro 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM699

Terdapat tiga warna boleh didapati untuk Poco M3 Pro 5G iaitu kuning, hitam dan biru.



Tewas kepada Redmi Note 10 5G

Walaupun lebih murah, Poco M3 Pro 5G sebenarnya tewas sedikit kepada Redmi Note 10 5G yang dilancarkan lebih awal. Ini kerana Redmi Note 10 5G memiliki RAM 8GB dan storan 128GB, pada harga RM799. Lain-lain perkara adalah sama di antara kedua-dua telefon ini.

Anda boleh mengenali Redmi Note 10 5G dalam video kami di bawah ini:

Spesifikasi

Poco M3 Pro 5G sememangnya serupa dengan Redmi Note 10 5G dalam hampir semua perkara, kecuali pada rupa fizikal luaran. Rekaan yang berbeza membuatkan pengguna boleh memilih untuk rupa yang lebih diminati, kerana dalamannya serupa.

Telefon ini dikuasakan cip Mediatek Dimensity 700 7nm 5G, yang digunakan oleh semua telefon pintar 5G murah seperti Realme 8 5G, dan juga Redmi Note 10 5G. Tetapi ia lebih perkasa kerana ditemani RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2 untuk preastasi lebih tinggi.

Paparannya juga tidak mengecewakan, LCD 6.5-inci dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz DynamicSwitch. Kaca Corning Gorilla Glass 3 menjadi lapisan luar dan pengimbas capjari pula di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Kamera belakangnya menggandingkan kamera utama 48MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP, tiada kamera ultra lebar. Kamera hadapannya pula 8MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Kuasa pula disalurkan dari bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Lebih baik lagi, Poco menyediakan kepala pengecas 22.5W di dalam kotak.

Dua kad sim 5G bersaiz nano boleh dimasukkan di dalamnya dan ia berkongsi tempat dengan kad mikroSD di dalam dulang hibrid. Selain itu, Poco M3 Pro masih mengekalkan jek audio dan pemancar infra merah. Speaker pula hanya satu, bukan stereo.

Tags: PocoPoco M3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Poco M3 Pro merampas takhta telefon 5G paling murah di Malaysia

Poco M3 Pro merampas takhta telefon 5G paling murah di Malaysia

1 June 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER