Inilah TV masa depan yang anda boleh dapatkan pada hari ini

Mungkin anda terlepas pandang. Televisyen (TV) di ruang tamu anda itu adalah teknologi yang evolusinya telah melangkau 100 tahun. Daripada monokrom ke polikrom dan daripada Standard Definition kepada UHD, daripada CRT ke QLED, tiada ketandusan daripada segi perkara baharu yang diperkenalkan di TV.

Jadi, apa yang seterusnya untuk TV?

Di Samsung, reroda inovasi tidak pernah berhenti malah berputar pantas. Peneraju dunia TV untuk 15 tahun berturut-turut ini senantiasa berada selangkah dihadapan pesaing dalam memperkenal produk-produk yang segar.

Misalnya, Samsung TV Frame Smart Lifestyle TV ialah produk yang berada dalam kategorinya yang tersendiri.

Malahan Samsung adalah pelopor kepada segmen TV gaya hidup iaitu TV yang mampu berharmoni daripada segi estetika dengan barang-barang  yang terdapat di sekelilingnya tanpa mengorbankan tugasnya sebagai sebuah TV.

The Frame daripada Samsung berada dalam kelasnya yang tersendiri

Ini adalah TV yang perlu anda pertimbangkan untuk berada di ruang tamu kerana bukan sahaja ia cemerlang berperanan sebagai TV, ia turut menjadi halwa mata dalam mempertingkat seri tempat ruang ia berada.

TV The Frame direka dengan menggabungkan ciri-ciri estetika dan praktikaliti. Samsung telah memperkenalkannya kepada dunia dalam tahun 2017 lagi namun untuk edisi 2021 ia hadir dengan fizikaliti lebih nipis. Pada 24.9mm, TV The Frame 2021, 46% lebih nipis berbanding edisi sebelumnya.

Kemudian, Samsung turut memberikan Slim Fit Wall Mount untuk anda gantungkan The Frame di dinding. Unit penggantung unik ini menjadikan TV terlekap kemas pada dinding bagi memberikan rupa minimalistik dalam apa jua jenis rekaan dalaman ruang tamu anda.

Orang yang pertama kali menjejakkan kaki ke ruang tamu pastinya tidak sedar yang di situ terdapat sebuah TV.

Ciri “halimunan” ini juga dicapai hasil bantuan Samsung One Connect Box. Dengannya, Samsung boleh hasilkan sebuah TV bukan saja berbingkai nipis bila dipandang daripada depan, malahan daripada sisi juga.

Hal ini kerana, semua komponen elektronik utama TV ini dipisahkan dalam satu kotak lain yang boleh disembunyikan daripada pandangan mata. Daripada Samsung One Connect Box, hanya seutas kabel fiber optik sahaja yang menyambungkan antaranya dengan panel paparan TV The Frame.

One Invisible Cable sepanjang 5 meter didatangkan bersama-sama dengan setiap pembelian. Namun, sekiranya anda perlukan kabel yang lebih panjang, versi 15 meter turut disediakan secara berasingan.

Kabel yang lebih panjang sangat berguna bila anda ingin meletakkan One Connect Box, jauh daripada panel paparan bagi tujuan kekemasan.

Selain digantung, ada juga solusi lain untuk anda gayakan TV The Frame. Studio Stand membolehkan TV digayakan di atas lantai. Kakinya yang kurus dan halus menjadikan TV Nampak terapung dan anda boleh gayakan TV dalam di mana-mana dan pada bila-bila masa yang anda ingini.

Anda turut boleh gunakan kaki boleh laras sekiranya The Frame anda letakkannya atas rak TV. Tinggi daripada permukaan meja boleh dilaraskan untuk beri cukup ruang bagi menempatkan barang lain, contohnya soundbar.

Kaki boleh laras ini boleh didapati pada varian The Frame bersaiz 55”, 65”, dan 75” terus di dalam kotak.

Ini yang bezakan The Frame dengan yang lain

Seperti namanya, TV The Frame boleh turut dimanfaatkan dalam mengubah ruang tempatnya berada menjadi galeri seni peribadi.

Melalui Samsung Art Store, anda beroleh akses kepada lebih 1,400 hasil seni daripada pelbagai galeri terkemuka dunia. Dengan yuran langganan minimum, anda boleh mengakses galeri digital Museo del Prado, The Albertina, Saatchi Art, Artspace, Sedition, Magnum Photos, dan LUMAS antaranya.  The Frame akan memberitahu anda melalui notifikasi khas sekiranya ada koleksi seni baharu yang menyertai Art Store.

Jikalau ribuan itu masih tak cukup, jangan risau kerana The Frame juga ada fungsi My Collection. Menerusi fungsi ini, anda boleh memaparkan hasil seni anak, rakan, malahan anda sendiri.  Padanya terdapat storan dalaman 16GB untuk memuatkan sehingga 1,200 gambar , termasuklah gambar peribadi seperti potret keluarga.

Anda boleh gunakan port USB yang terdapat padanya ataupun memindahkan gambar secara wayarles menggunakan telefon melalui APP SmartThings.

Rekaan TV The Frame minimalistik, bingkainya sekata disegenap pelosok. Untuk suaikan warna bingkai dengan ruang kediaman anda, Samsung ada sediakan bingkai yang boleh ditukar ganti. Tak perlu pun peralatan rumit kerana ia melekat hanya menggunakan magnet.

Ada dua jenis bingkai yang boleh anda pilih, sama ada modern (moden) ataupun beveled (serong). Beza antara moden dengan serong ialah, moden permukaan bingkainya rata, selari dengan paparan manakala beveled ada permukaan dalaman bingkai condong 45 darjah yang berikan kesan 3D pada TV anda.

Untuk bingkai jenis moden, ia hadir dalam warna coklat, coklat kayu jati, dan putih manakala jenis serong boleh didapati dalam warna putih dan merah bata. Bingkai tambahan untuk TV The Frame dijual berasingan. Anda boleh dapatkannya pada harga bermula dari RM399 mengikut saiz The Frame yang anda miliki.

Promo Samsung untuk pembelian The Frame

Tapi, ada satu promo yang sedang dijalankan Samsung ke atas pembelian mana-mana TV The Frame. Bagi setiap pembelian sehingga 30 Jun 2021, anda boleh menebus 3 perkara berikut:

  • Seunit bingkai mengikut warna dan jenis pilihan anda
  • e-Baucar langganan Art Store selama 9 bulan
  • Seunit Lifestyle Soundbar HW-S60A bernilai RM1,399 (75” sahaja)

Anda boleh menebus hadiah percuma ini selewat-lewatnya pada 15 Julai 2021. Berikut adalah senarai harga Samsung The Frame mengikut saiz:

  • 32” –  RM2,999
  • 43” –  RM4,999
  • 50” –  RM5,799
  • 55” –  RM6,999
  • 65” –  RM9,499
  • 75” – RM13,499

Quantum Processor 4K, tunjang kecemerlangan The Frame

*QLED 4K hanya terdapat di The Frame berukuran 43″ dan ke atas sahaja

TV The Frame dilengkapi panel paparan berteknologi Quantum Dot. Apa-apa warna yang anda lihat di dunia sebenar, TV ini mampu hasilkannya kerana julat warna DCI-P3 yang dicakupinya adalah 100%.

Namun, apa yang lebih mengagumkan ialah komponen yang mengawal selia panel paparan, dan keseluruhan TV The Frame. Quantum Processor 4K ialah natijah daripada 30 tahun pengalaman Samsung dalam penghasilkan semikonduktor.

Quantum Processor 4K hanya miliki satu matlamat. Berikan anda pengalaman menonton TV tahap yang seterusnya menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Menerusi ciri 4K AI upscaling, TV The Frame mampu menambah baik visual yang bakal dipaparkannya kepada seakan daripada sumber beresolusi tinggi dengan cara menganalisis bingkai demi bingkai sebelum membaik pulih butiran demi butiran.

Selesai di bahagian resolusi, Colour Mapping dan Adaptive Picture  pula mengambil alih dan menambah baik warna dan kontras supaya yang anda lihat itu mensimulasikan dunia sebenar, tak kira di bahagian cerah mahupun gelap.

The Frame menggnuakan teknologi lampu belakang Dual LED. Kelebihan menggunakan teknologi ini ialah cahaya belakang boleh dipancarkan dalam dua suhu warna iaitu sejuk dan suam. Dengan kombinasi sejuk dan suam, warna akan nampak lebih semula jadi disamping mempertingkat tahap kontras imej.

Quantum Processor 4K, cip pemproses di TV The Frame turut mengawal selia perihal audio. Tidak kiralah kandungan apa yang anda tonton, ciri Adaptive Sound akan mengenal pasti jenis video yang anda tonton dan melakukan penyesuaian terhadap audio yang dihasilkan. Ia akan memilih salah satu daripada 4 mode iaitu Dialogue, Music, Sport, dan Action.

Sekiranya video tersebut mengandungi dialog, TV akan pastikan anda dengar setiap patah perkataan yang dicakapkan. Kalau video aksi, ia akan pastikan anda merasai gegaran setiap letupan yang berlaku.

Selain menilai kandungan yang dimainkan, The Frame juga menilai ruang tempatnya berada. SpaceFit Sound akan memanfaatkan mikrofon yang ada pada badan TV untuk menganalisis keadaan akustik ruang sekeliling dan kemudiannyan menala secara spesifik tetapan audio yang sesuai.

Semua ini berlaku secara automatik sejurus anda menghidupkan TV.

Selain cantik. The Frame juga memacu produktiviti anda

Inovasi Samsung tak terhad untuk audio dan visual sahaja, malah lebih daripada itu. TV The Frame mampu memacu produktiviti anda di rumah hasil penggunaan sistem operasi TIZEN untuk memperkasa ciri-ciri pintar pada TV ini.

Sambungkan saja laptop ataupun PC anda kepada TV The Frame dan ia akan terus mengenal pastinya. Anda juga boleh sambungkan papan kekunci dan tetikus terus kepada TV dan gunakan ciri Microsoft Office365 di TV The Frame.

Andainya anda sedang bersidang video, contohnya seperti bermesyuarat menggunakan Google Duo di telefon, anda boleh pindahkannya ke The Frame untuk pengalaman bersidang video di paparan lebih besar sehingga 32 orang dalam satu-satu masa.

Gunakan saja APP Samsung SmartThings di mana-mana telefon Android yang menyokongnya.

 Semasa bersidang video di telefon, jangan lupa untuk gunakan fungsi Tap View untuk pindahkan sesi tersebut ke paparan yang lebih besar. Sidang video tentu sekali jadi lebih selesa dan produktif.

Samsung tidak lupa akan tanggunjawab terhadap alam sekitar

Samsung sudahpun ada produk yang baik tapi kenapa mereka masih tak berpuas hati? Sebagai antara pengeluar TV terulung dunia, mereka sedar akan perlunya menjadi pelopor kepada inisiatif melestarikan alam sekitar.

Dengan tidak melupakan faktor tersebut, alat kawalan TV ini memanfaatkan tenaga solar untuk mengecas bateri yang terkandung padanya. Pengalaman menonton anda tak lagi direncatkan dek alat kawalan kehabisan tenaga kerana ia boleh menyerap tenaga daripada cahaya paparan TV dan juga cahaya persekitaran.

Menurut Samsung, secara kolektifnya kita oleh jimatkan penggunaan lebih 99 juta bateri AAA dalam tempoh 7 tahun ini.

Inisiatif kelestarian alam sekitar Samsung sebenarnya bermula daripada kotak TV The Frame lagi. Mereka memanfaatkan Samsung Eco-Package bagi mengurangkan sisa kertas dengan cara menggunakan semula kotak pembungkusan menjadi sesuatu yang berguna.

Ada pelbagai rekaan menarik boleh dimuat turun daripada laman web tersebut. Anda cuma perlu tekap garis rekaan dan potong mengikut panduan yang disediakan.

Apabila anda telah selesai memasang TV The Frame, kotaknya boleh bertukar menjadi pelbagai hasil seni. Di laman rasmi Samsung Eco-Package, ada pelbagai cadangan boleh anda jadikan insipirasi. Anda boleh pilih daripada rumah kucing hinggalah ke perabot berasaskan kertas.

Jadi, apabila anda memilik TV Samsung The Frame, ketahuilah yang anda terima pakej yang lengkap. Anda dapat sebuah TV yang cemerlang daripada segi audio dan visual, TV yang mengevolusikan ruang tamu,TV yang memacu produktiviti, dan juga TV yang peka terhadap alam sekitar.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.