• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sistem operasi baru Windows akan diperkenal pada 24 Jun

  • OLEH Najib
  • 9:41 am
  • 03/06/2021
  • Komen
Sistem operasi baru Windows akan diperkenal pada 24 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu acara bertajuk ‘Next Generation of Windows” atau generasi Windows seterusnya pada hujung bulan ini. Ia dipaparkan menerusi jemputan ke acara tersebut yang boleh dilihat menerusi laman web Microsoft di sini.

Acara Microsoft ini akan diadakan pada 24 Jun 2021, bermula pukul 8 pagi waktu pasifik, bersamaan 11 malam waktu Malaysia.



Jemputan ini dikeluarkan selepas seminggu CEO Microsoft, Satya Nadella berkongsi video pendek tentang Windows generasi seterusnya. Dijangka Microsoft akan membawakan perubahan besar kepada Windows, termasuk perubahan rupa antaramuka. Boleh juga dilihat rupa baru Windows ditunjukkan di laman web jemputan acara, memberi petunjuk perkara baharu yang akan diperkenal kelak.

https://twitter.com/panos_panay/status/1397326074955010056

Di bawah kod nama Sun Valley, Microsoft telah berkongsi beberapa pembaharuan rupa antaramuka Windows 10 seperti ikon sistem baharu, penamatan ikon era Windows 95 dan peningkatan di File Explorer. Microsoft juga memberi fokus kepada perkara asas di dalam Windows seperti memperbaiki susunan aplikasi di berbilang paparan, dan meningkatkan sokongan bunyi Bluetooth.



Ikon sistem baharu Windows. Sumber

Selain itu, Nadella juga menjanjikan perkara lebih baik kepada pembangun aplikasi dan pencipta kandungan Windows. Perkara ini sudah lama dinantikan kerana kita dapat melihat bagaimana Apple Appstore dan Google Playstore memberi ruang menjana keuntungan buat pembangun aplikasi. Microsoft bakal membuka stor aplikasi baharu untuk memberi saingan kepada stor aplikasi sedia ada.

Nantikan laporan kami tentang majlis pelancaran Windows baharu pada 24 Jun nanti.

[Sumber: The Verge]

Tags: Microsoftmicrosoft windows
Najib

Najib

POPULAR

Sistem operasi baru Windows akan diperkenal pada 24 Jun

Sistem operasi baru Windows akan diperkenal pada 24 Jun

3 June 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN