• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perkembangan Vaksin COVID-19 #11: Lokasi janji temu vaksin tak munasabah & vaksin tak boleh dipilih

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:13 am
  • 05/06/2021
  • Komen
Perkembangan Vaksin COVID-19 #11: Lokasi janji temu vaksin tak munasabah & vaksin tak boleh dipilih
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang dikupaskan pada video ini ialah, Malaysia berhasrat untuk menggandakan vaksinasi hingga 200,000 dos sehari, individu wanita akhirnya dapat menyatakan jika mereka hamil atau menyusukan anak melalui MySejahtera, mengapa ada individu tinggal di Johor tetapi mendapat janji temu vaksin di Sabah?

1. Anda tidak boleh memilih vaksin

Kerajaan membuat keputusan tidak membenarkan orang ramai memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menteri Penyelaras PICK, YB Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu dibuat bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin.



2. Malaysia meningkatkan vaksinasi kepada 200,000 sehari

Malaysia kini memberikan sebanyak 100,000 dos setiap hari kepada individu dan YB Khairy mengatakan bahawa jumlah ini akan meningkat dua kali ganda menjadi 200,000 dalam  bulan Julai.

Pasukan petugas imunisasi COVID-19 akan memperkenalkan PPV drive-thru serta PPV bergerak untuk membawa vaksin ke rumah jagaan, kampung, tempat perlindungan dan lokasi yang sukar dijangkau. 



3. Wanita mengandung, sila kemas kini status anda di MySejahtera

Untuk memastikan bahawa anda diberikan vaksin yang sesuai, ibu mengandung dan menyusukan anak kini boleh menyatakan status mereka di aplikasi MySejahtera. Pergi ke halaman vaksinasi, klik pada Kemaskini status kehamilan dan penyusuan dan jawab dua soalan.

4. Lokasi janji temu yang tak munasabah

Dilaporkan bahawa, ada beberapa individu diberi janji temu vaksin dilokasi yang tak masuk akal. Contohnya, individu berada di Johor, terima janji temu di Sabah.

Menurut YB Khairy, hal ini disebabkan oleh kekeliruan ketika mereka memilih alamat di aplikasi MySejahtera menggunakan API Google Maps. Oleh itu, satu ciri baru dalam MySejahtera sudah ditambah, yang memerlukan individu meletakkan poskod sebelum menetapkan alamat.

5. Tidak daftar AstraZeneca tetapi dapat janji temu

Dilaporkan bahawa beberapa individu telah didaftarkan ke AstraZeneca oleh Imunisel tanpa persetujuan mereka. Imunisel akan menyerahkan senarai individu yang didaftarkan kepada CITF dan mereka akan dihubungi untuk mendapatkan persetujuan sekiranya masih mahu meneruskan dengan suntikan AstraZeneca.

6. Syarikat dan negeri swasta boleh membeli vaksin Sinovac secara langsung

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengatakan bahawa vaksin Sinovac yang dikeluarkan secara fill and finish oleh Pharmaniaga boleh dibekalkan secara serentak kepada sektor swasta, GLC dan kerajaan negeri.

Pharmaniaga mampu menghasilkan 500,000 dos setiap minggu dan mereka dapat mula membekalkan kerajaan negeri dan syarikat swasta dalam  bulan Jun dan Julai tahun ini.

7. Isu kesan sampingan Myocarditis melanda vaksin Pfizer

Israel telah memberikan vaksinasi kepada separuh penduduknya. Pihak mereka melaporkan yang mungkin ada kaitan antara kesan sampingan Myocarditis dengan pengambilan vaksin Pfizer dalam kalangan rakyatnya.

Dilaporkan bahawa 275 kes miokarditis dilaporkan antara Disember 2020 dan Mei 2021 dalam kalangan lebih daripada 5 juta orang yang diberi vaksin. Daripada kebanyakan kes yang dilaporkan, pesakit menghabiskan masa tidak lebih dari 4 hari di hospital dan 95% daripadanya dianggap sakit ringan.

8. Status vaksinasi dan Pendaftaran

Setakat 2 Jun 2021 jam 11.59 malam, Malaysia telah menyuntik sebanyak 3.2 juta dos vaksin dan lebih daripada 1.1 juta individu telah menyelesaikan vaksinasi mereka dengan 2 dos.

Dari segi pendaftaran, lebih daripada 12.5 juta individu telah mendaftar untuk menerima vaksin dan ini merupakan 51.90% dari populasi yang disasarkan.

Tags: vaksinVaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Perkembangan Vaksin COVID-19 #11: Lokasi janji temu vaksin tak munasabah & vaksin tak boleh dipilih

Perkembangan Vaksin COVID-19 #11: Lokasi janji temu vaksin tak munasabah & vaksin tak boleh dipilih

5 June 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER