• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Aplikasi DelyvaNow diperkenal, sediakan pelbagai khidmat penghantaran setempat

  • OLEH Najib
  • 1:33 pm
  • 07/06/2021
  • Komen
Aplikasi DelyvaNow diperkenal, sediakan pelbagai khidmat penghantaran setempat
Share on FacebookShare on Twitter

Platform penghantaran barang semua-dalam-satu, Delyva kini mengumumkan ketibaan aplikasi mudah alih mereka. Delyva menyediakan cara mudah untuk perniagaan menempah dan menjejak penghantaran di satu tempat.

Aplikasi DelyvaNow telah sedia dimuat turun di Apple AppStore dan Google PlayStore. Aplikasi ini menyediakan kemudahan untuk membuat tempahan penghantaran, menguruskan tempahan, serta menerima notis mengenai status tempahan penghantaran.



Delyva juga mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan rakan penghantaran baru iaitu Bungkusit, GrabExpress, Janio, J&T Express, Lalamove, MrSpeedy, Ninja Van Malaysia, Pandago, dan Teleport. Kesemua rakan baru ini sedia digunakan di aplikasi kecuali Janio, Pandago dan Teleport yang akan tersedia pada bulan Julai.

Bungkusit, GrabExpress, Lalamove, MrSpeedy, and Pandago menyediakan perkhidmatan penghantaran segera. Manakala J&T Express dan Ninja Van Malaysia, menyediakan perkhidmatan penghantaran kurier domestik. Janio pula menyediakan perkhidmatan antarabangsa dan Teleport menyediakan perkhidmatan penghantaran segera, kurier domestik serta antarabangsa.



Selain ini, Delyva telah bekerjasama dengan Aramex, AsiaXpress, CJ Logistics, DHL eCommerce, FGV Transport, Matdespatch, Pos Laju, dan Pos FlexiPrepaid dalam menyediakan khidmat penghantaran dalam satu platform. Delyva juga akan terus mencari dan menambah rakan penghantaran ke dalam platform mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Delyva, Hanif Wahid berkata, “Sebelum ini pelanggan hanya boleh menggunakan aplikasi web untuk membuat tempahan. Kini kami gembira kerana aplikasi mudahalih DelyvaNow telah tiba dan memberi kemudahan kepada pengguna. Pengguna memiliki banyak pilihan untuk penghantaran segera dan kurier domestik. Malah ditambah lima lagi rakan penghantaran baharu sekarang serta dua lagi pada bulan Julai. Pengguna di Lembah Klang, Ipoh, Johor Bahru, Melaka dan Pulau Pinang, kini ada lebih pilihan untuk membandingkan kadar penghantaran serta penghantar terbaik mengikut keperluan mereka, semuanya di dalam satu akaun dan aplikasi,”

Hanif Wahid, pengasas dan CEO Delyva

“Bayangkan, ada masanya terdapat perkhidmatan penghantaran yang tidak tersedia pada masa akhir, pengguna boleh mengubah ke penghantar lain dengan cepat menggunakan aplikasi kami. Jadi, urusan perniagaan tidak akan terganggu dan pelanggan mereka akan menerima tempahan pada masa yang ditetapkan.” tambah Hanif.

DelyvaNow adalah platform tempahan penghantaran setempat di mana pengguna boleh membandingkan perkhidmatan yang disediakan oleh rakan penghantaran, dan memilih mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Pengguna boleh menjimatkan masa dan wang, tidak kira untuk penghantaran segera, tempatan atau antarabangsa.

Layari laman web www.delyva.com untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan.

Tags: DelyvaDelyvaNow
Najib

Najib

POPULAR

Aplikasi DelyvaNow diperkenal, sediakan pelbagai khidmat penghantaran setempat

Aplikasi DelyvaNow diperkenal, sediakan pelbagai khidmat penghantaran setempat

7 June 2021
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN