• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony WF-1000XM4, fon telinga ANC lebih kecil dengan hayat bateri lebih lama

  • OLEH Najib
  • 1:41 am
  • 09/06/2021
  • Komen
Sony WF-1000XM4, fon telinga ANC lebih kecil dengan hayat bateri lebih lama
Share on FacebookShare on Twitter

Sony hari ini melancarkan fon telinga TWS dengan penyaring hingar aktif (ANC) baharu, Sony WF-1000XM4 bagi menggantikan model WF-1000XM3 yang sangat popular. Model terbaru ini kini memiliki saiz yang lebih kecil dari sebelumnya, tetapi dengan hayat bateri yang lebih panjang.

Terdapat dua warna diperkenal untuk model ini, iaitu perak dan hitam. Ia kini dilengkapi cip pemproses baharu, Sony V1 yang menguruskan pembatalan bunyi hingar aktif dengan lebih cekap, di samping menggunakan tenaga yang lebih sedikit.



Fon telinga ini menampilkan dua sensor mikrofon hingar berprestasi tinggi pada setiap belah, satu menangkap bunyi masuk dan satu lagi menangkap bunyi keluar, sekaligus memproses dan menghasilkan penyaring hingar terbaik. Bunyi yang dihasilkan juga dipertingkat dengan pemacu bunyi 6mm baharu, dengan bunyi magnet 20% lebih lantang.

Di samping penyaring hingar aktif, Sony juga telah mencipta bud penyaring hingar baharu, diperbuat daripada bahan poliuretana unik yang lembut dan elastik. Ini membuatkan ia melekap ke seluruh ruang antara telinga dan fon telinga, bagi menutup bunyi luar dan menyaring hingat secara semulajadi.



Kualiti bunyi fon telinga Sony sememangnya dipuji ramai. Di WF-1000XM4 ia kini menyokong audio wayarles resolusi tinggi menerusi teknologi LDAC yang dihasilkan Sony. LDAC menghantar data bunyi 3x lebih banyak dari audio Bluetooth biasa, membolehkan audio resolusi tinggi dinikmati menghampiri kualiti berwayar.

Pengguna Sony WF-100XM4 juga bakal menerima fungsi Speak-to-Chat yang pertama kali diperkenal di fon kepala WH-1000XM4. Dengan ini, pengguna tidak perlu mematikan fungsi penyaring hingar apabila mahu bercakap dengan seseorang, kerana fon telinga akan memberhentikan muzik secara automatik dan mengaktifkan mod peka persekitaran (ambien) apabila pengguna mula bercakap.

Tetapi cara lama masih dikekalkan. Pengguna boleh mengaktifkan mod ambien dengan pantas dengan meletakkan jari di sebelah kiri telinga, dan mematikannya semula dengan melepaskan jari tersebut. Mengeluarkan fon telinga dari telinga juga akan memberhentikan lagu secara automatik, dan memainkannya semula apabila dimasukkan ke dalam telinga.

Di samping itu, WF-1000XM4 turut memiliki teknologi Kawalan Bunyi Adaptif. Ia dengan pintar akan mengesan persekitaran pengguna dan mengubah mod secara automatik. Contohnya semasa berjalan memerlukan mod ambien dan di dalam tren mengaktifkan mod ANC dengan sendiri.

Kualiti panggilan juga dipertingkat dengan gabungan teknologi mikrofon ‘beamforming’ dan sensor ‘bone-conduction’. Ia akan menangkap suara pengguna dengan jelas serta melalui getaran tulang.

Walaupun fon telinga Sony WF-1000XM4 kini 10% lebih kecil bersama bekas pengecas 40% lebih kompak daripada sebelumnya, baterinya memiliki hayat lebih panjang. Ia boleh digunakan sehingga 8 jam di fon telinga sahaja, dengan tambahan 16 jam lagi bersama bekas pengecas.

Malah, pengecasan pantas 5 minit membolehkan penggunaan selama 60 minit. Ditambah lagi dengan sokongan pengecasan wayarles Qi yang baharu, selain mengecas berwayar melalui USB-C.

Dengan pengiktirafan kalis percikan air IPX4, WF-1000XM4 boleh digunakan ketika bersenam mahupun berlari di bawah hujan renyai. Ia turut menyokong pembantu suara maya Google Assistant dan Alexa.

Sony turut berbangga dengan kotak untuk WF-1000XM4 kerana dihasilkan bebas plastik daripada 99% bahan kitar semula. Fon telinga Sony WF-1000XM4 akan berada di pasaran mulai Jun 2021 pada harga EUR280 (~RM1,405).

Mungkin harga ini agak tinggi memandangkan model sebelum ini, WF-1000XM3 dilancarkan di Malaysia pada harga RM949. Maklumat mengenai penjualannya di sini masih belum diketahui, tetapi ia pasti akan menemui peminat tempatan tidak lama lagi.

https://youtu.be/Ou216tfbwbs

[Sumber: Sony]

Tags: SonySony WF-1000XM4
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Sony WF-1000XM4, fon telinga ANC lebih kecil dengan hayat bateri lebih lama

Sony WF-1000XM4, fon telinga ANC lebih kecil dengan hayat bateri lebih lama

9 June 2021
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER