• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Produk Audio Sony 1000X Terima Ahli Baru Berupa Earbud Wayarles

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:04 pm
  • 05/07/2019
  • Komen
Produk Audio Sony 1000X Terima Ahli Baru Berupa Earbud Wayarles
Share on FacebookShare on Twitter

Earbud wayarles semakin hari semakin bagus. Jika selama ini orang hanya memandang Apple Airpods, Samsung Buds, dan banyak lagi dari jenama pengeluar telefon lain, kali ini earbud terbaru hadir dari pengeluar produk audio terkemuka. Sony WF-1000XM3 ahli terbaru dalam keluarga produk audio 1000X dan dia hadir membawakan beberapa penambahbaikkan berbanding sebelumnya.

Masih mengekalkan fungsi penyaring hingar seperti sebelumnya, tapi dalam edisi kali ini ia telah ditambah baik dengan penggunaan cip QN1e yang baru, cip yang sama boleh ditemui pada WH-1000XM3. Bukan saja cip itu menambah baik keupayaan menyaring, ia juga lebih cekap tenaga yang pastinya menyumbang pada hayat bateri lebih baik.



Pada hayat bateri, ia dilaporkan boleh bertahan sehingga 24 jam lamanya, bergantung pada penggunaan. Ia menyokong pengecas pantas menurut Sony dan mengecas selama 15 minit memberikan waktu penggunaan selama sejam.

https://www.youtube.com/watch?v=Vu36eoC50i0

Seperti kebanyakan earbud wayarles yang lain, bekas penyimpanan unit ini turut bertindak menyimpan tenaga dan akan dipindahkan ke earbud bila perlu. WF-1000XM3 berkomunikasi dengan hostnya melalui sambungan Bluetooth 5.0.



Antara ciri-ciri standard yang lain adalah seperti memanggil pembantu maya dan sensor sesentuh untuk input arahan.

Sony WF-1000XM3 akan dijual bermula Ogos 2019 ini pada harga RM949. Untuk perbandingan, generasi sebelum ini, WF-1000X dijual pada harga RM899.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Sonysony wf-1000x3sony x1000
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Produk Audio Sony 1000X Terima Ahli Baru Berupa Earbud Wayarles

Produk Audio Sony 1000X Terima Ahli Baru Berupa Earbud Wayarles

5 July 2019
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN