• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hadir dengan 2 kamera, Facebook rancang keluarkan jam pintar pada suku ketiga tahun 2022

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:05 pm
  • 10/06/2021
  • Komen
Lebih 11 juta data pengguna Facebook di Malaysia bocor, ia termasuk nombor telefon dan lokasi
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal tahun ini dikhabarkan bahawa syarikat Facebook, sedang mencipta jam pintar berasaskan Android. Dikatakan juga bahawa mereka sedang berusaha untuk membina sistem operasi sendiri untuk peranti itu.

Kini, khabar terbaru menyatakan ada beberapa ciri yang menarik pada jam pintar Facebook, ciri ini dilihat tiada pada jam pintar lain, seperti mempunyai dua kamera dan ada sambungan LTE. Jam pintar versi pertama Facebook sedang dalam perancangan untuk dikeluarkan kepada umum pada suku ketiga tahun 2022.



Ciri jam pintar Facebook

Jam pintar Facebook akan hadir dalam warna putih, hitam, dan emas serta didatangkan dengan dua kamera. Kamera itu boleh digunakan untuk mengambil gambar dan video, lalu pengguna boleh kongsikan gambar itu terus melalui semua aplikasi Facebook termasuk Instagram.

Kamera di bahagian depan paparan jam dihadirkan untuk panggilan video, manakala kamera auto fokus 1080p di bahagian belakang boleh digunakan untuk membuat rakaman, tetapi ia perlu ditanggalkan dari jam jika ingin digunakan.



Facebook bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi terkemuka di AS untuk menyokong sambungan LTE pada jam pintar itu. Ini bermaksud, jam pintar Facebook tidak perlu dipautkan kepada telefon untuk berfungsi.

Selain itu, Facebook juga mahu meletakkan ciri kecergasan pada jam pintar itu dengan menambah fungsi pemantau degupan jantung. Fungsi ini sudah sedia ada di kebanyakan jam pintar seperti Apple Watch.

Harga yang telah dibincangkan untuk peranti ini adalah kira-kira USD 400, bersamaan RM1646.52, tetapi hargaya masih boleh berubah. Malah, Facebook juga boleh membatalkan pengeluaran jam tangan itu, kerana ia belum memasuki pasaran besar-besaran, bahkan nama rasmi juga belum diwujudkan.

Adakah anda ingin mendapatkan jam tangan pintar Facebook ini jika ia ada nanti? Sebelum ini dikatakan bahawa, keuntungan jam pintar Facebook adalah bergantung kepada perkhidmatan pengguna. Oleh kerana Facebook sering timbul dengan masalah pengendalian data pengguna, maka rasa bimbang juga jika data pengguna jam pintar ini akan dijual.

[Sumber: TheVerge]

Tags: Facebook
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Lebih 11 juta data pengguna Facebook di Malaysia bocor, ia termasuk nombor telefon dan lokasi

Hadir dengan 2 kamera, Facebook rancang keluarkan jam pintar pada suku ketiga tahun 2022

10 June 2021
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER