• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi sumbang Mi Air Purifier 3C & Powerbank 20,000mAh kepada PPV MITEC

  • OLEH Najib
  • 5:46 pm
  • 10/06/2021
  • Komen
Xiaomi sumbang Mi Air Purifier 3C & Powerbank 20,000mAh kepada PPV MITEC
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menyokong usaha kerajaan untuk memberi vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia dengan lebih lancar, Xiaomi Malaysia telah menyumbangkan pembersih udara dan pek tenaga kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) MITEC, yang baru dibuka. Sebanyak 30 unit Mi Air Purifier 3C dan 200 unit PowerBank Redmi 20,000mAh 18W disumbangkan kepada PPV MITEC untuk kegunaan pusat tersebut, serta kakitangan barisan hadapan di sana.

Dengan sumbangan ini, Xiaomi berharap pengunjung dan kakitangan PPV dapat menghidup udara lebih segar. Mi Air Purifier 3C memiliki penapis HEPA nano berkelajuan tinggi, yang menyingkir partikel halus seperti bakteria dan kotoran dengan pantas.



Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (​PICK), YB Khairy Jamaluddin, mengucapkan terima kasih kepada Xiaomi atas sumbangan di waktu kritikal ini. Beliau percaya bahawa ia akan menjadi peralatan penting untuk PPV MITEC.

Pengurus Besar Xiaomi Malaysia & Singapura, Nicholas Shi pula berasa gembira kerana produk keluaran Xiaomi dapat membantu PPV MITEC. Beliau berharap agar Mi Air Purifier dan Powerbank Redmi dapat membantu memberikan suasana yang selesa kepada petugas dan rakyat Malaysia. Beliau juga menyarankan supaya rakyat Malaysia bekerjasama dengan duduk di rumah untuk menurunkan kadar jangkitan.



Xiaomi sebelum ini pernah membuat usaha yang serupa dengan menderma 100 unit Mi Air Purifier 2S kepada sekolah-sekolah, semasa jerebu melanda negara pada tahun 2019. Sumbangan tersebut telah diterima oleh Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu, YB Teo Nie Ching.

Tags: Mi Air Purifier 3CRedmi Powerbank 20000mAhxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi sumbang Mi Air Purifier 3C & Powerbank 20,000mAh kepada PPV MITEC

Xiaomi sumbang Mi Air Purifier 3C & Powerbank 20,000mAh kepada PPV MITEC

10 June 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN