• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung JN1, sensor 50MP paling kecil dalam industri diumumkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:32 am
  • 11/06/2021
  • Komen
Samsung JN1, sensor 50MP paling kecil dalam industri diumumkan
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung JN1 ini membuka potensi yang lebih luas kepada telefon kompak untuk miliki keupayaan kamera yang tinggi. Sebelum ini, sekiranya telefon itu perlukan kamera beresolusi tinggi, ia perlu melihat pada kategori sensor sekitar 1/2.65” hingga 1/1.33”.

Tapi untuk JN1, ia cuma miliki saiz 1/2.76” dan dimaklumkan Samsung boleh diadaptasikan dalam telefon yang kini menggunakan sensor bersaiz 1/1.28”. Dalam kategori saiz sensor tersebut, kita melihat pada sensor yang ada julat antara 20MP hingga 40MP sahaja.



Disebabkan saiz sensor yang lebih kecil, pengeluar telefon boleh menipiskan bonjolan kamera dek penggunaan lensa yang lebih nipis. Anda boleh jangkakan ketebalan 10% lebih rendah berbanding telefon dengan spesifikasi setara.

Seperti kebanyakan sensor Samsung lain, ia turut gunakan teknologi pixel binning yang akan menggabungkan empat piksel 0.64 mikron yang duduk bersebelahan untuk jadi satu piksel besar 1.28 mikron. Perkara ini sangat berguna dalam keadaan malap, bila piksel memerlukan permukaan yang lebih luas untuk memungut cahaya.



Segala manfaat yang anda nikmati pada sensor kamera Samsung sebelum ini turut diwarisi seperti sistem membidik fokus Double Super PD yang ditambah baik. Sensor ini juga berkemampuan untuk merakam slowmo sehingga 240fps ataupun 60fps pada resolusi 4K UHD.

Samsung memaklumkan yang sensor ini sedang dihasilkan secara pukal. Nantikan kemunculan sensor ini dalam telefon yang bakal dilancarkan tak lama lagi.

Sumber: Samsung

Tags: samsungsamsung jn1
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung JN1, sensor 50MP paling kecil dalam industri diumumkan

Samsung JN1, sensor 50MP paling kecil dalam industri diumumkan

11 June 2021
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER