• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terganggu dengan mention terlalu banyak, Twitter usahakan kebolehan unmention

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:38 pm
  • 15/06/2021
  • Komen
Terganggu dengan mention terlalu banyak, Twitter usahakan kebolehan unmention
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter sedang mengusahakan ciri baru yang membolehkan pengguna unmention iaitu membuang nama mereka daripada mana-mana tweet, tanpa block (sekat) atau mute (bisu) individu yang meletakkan nama mereka itu. Ciri ini diwujudkan bagi mencegah gangguan seperti buli siber dari pengguna lain.

Pereka produk Twitter, Dominic Camozzi, telah menunjukkan konsep awal ciri ini melalui twitternya. Dapat dilihat pada gambar yang dikongsikan itu, pengguna akan mendapat notifikasi apabila namanya diletakkan pada tweet seseorang. Kemudian, ada pilihan unmention yourself disediakan pada bahagian bawah tweet tersebut.



Sometimes you want to talk, and sometimes you just … don't.

Check out these early concepts that could help control unwanted attention on Twitter.

Feedback, especially at this beginning stage, is invited (and wanted)! 🧵 pic.twitter.com/6SpzqiwFlL

— Dominic Camozzi (@_dcrc_) June 14, 2021

Selain di notifikasi, pengguna juga boleh unmention tweet tersebut dengan pergi ke tweet itu sendiri, tekan 3 titik pada bahagian atas kanan tweet, kemudian ada pilihan unmention yourself from this conversation. Namun, jika anda ubah fikiran, ada pilihan undo disediakan di situ.

Tambahan lagi, jika seseorang yang anda tidak ikuti ada mention anda di dalam tweetnya, anda boleh unmention nama anda dan individu tersebut tidak akan dapat mention anda lagi. Setiap unmention yang dilakukan tidak akan diketahui oleh pemilik tweet.



Kemampuan unmention ini dapat membantu mengatasi gangguan notifikasi yang terlalu banyak di Twitter. Anda akan diberitahu apabila mendapat mention yang banyak. Contohnya, jika anda dikaitkan dengan tweet yang tular atau anda menjadi tular sebab sesuatu berita.

Sekiranya ia mengganggu, anda boleh pergi ke tetapan dan mengubah siapa yang boleh mention anda atau anda boleh menghentikan semua mention sekali.

Jika ada perasan, ciri ini sudah lama ada di Facebook. Anda boleh membuang sebarang tag pada perkongsian yang ada nama anda, termasuklah perkongsian gambar.

[Sumber: Engadget]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Terganggu dengan mention terlalu banyak, Twitter usahakan kebolehan unmention

Terganggu dengan mention terlalu banyak, Twitter usahakan kebolehan unmention

15 June 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER