• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Niantic & Hasbro umum permainan dunia nyata, Transformers: Heavy Metal

  • OLEH Najib
  • 12:56 pm
  • 15/06/2021
  • Komen
Niantic & Hasbro umum permainan dunia nyata, Transformers: Heavy Metal
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai yang mengenali Pokemon, nama yang popular dengan animasi, filem, permainan fizikal dan permainan video. Salah satu permainan mudah alih, Pokemon Go pernah menjadi tular di seluruh dunia.

Niantic adalah syarikat yang membangunkan permainan video Pokemon Go, akan melancarkan satu lagi projek permainan video dunia nyata tidak lama lagi. Kali ini, berkaitan robot yang boleh berubah menjadi kenderaan, Transformers.



Niantic mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan Hasbro, untuk membangunkan permainan video mudah alih dunia nyata untuk “Transformers: Heavy Metal“. Bagaimanapun, mereka masih belum berkongsi bagaimanakah permainan ini akan dimainkan. Buat masa ini, ia telah membuka laman pendaftaran minat bagi yang mahukan maklumat lanjut.

Apa yang terdapat di laman pendaftaran minat itu adalah, pemain akan boleh bergabung tenaga dengan robot Transformers seperti Bumblebee di dunia nyata. Niantic juga menyatakan bahawa mereka akan mengadakan acara pelancaran kecil dan ujian Beta di beberapa negara tidak lama lagi.



Niantic turut mengesahkan bahawa pelancaran di peringkat antarabangsa untuk Transformers: Heavy Metal akan diadakan pada hujung tahun ini. Jika anda peminat Transformers dan gemar corak permainan dunia nyata seperti Pokemon Go, ini pasti satu permainan yang sangat menarik. Jangan lupa mendaftar minat untuk menjadi yang terawal mengetahui berita terkini mengenainya.

[Sumber: PhoneArena]

Tags: hasbroTransformersTransformers Heavy Metal
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Niantic & Hasbro umum permainan dunia nyata, Transformers: Heavy Metal

Niantic & Hasbro umum permainan dunia nyata, Transformers: Heavy Metal

15 June 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN