• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Honor 50 dilancar di China dan akan dijual di pasaran antarabangsa

  • OLEH Najib
  • 11:15 am
  • 17/06/2021
  • Komen
Siri Honor 50 dilancar di China dan akan dijual di pasaran antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Honor kini tampil dengan peranti keluaran mereka, selepas memutuskan hubungan mereka dengan Huawei akhir tahun lepas. Mereka telah melancarkan siri Honor 50 di China, dengan tiga model diperkenalkan iaitu Honor 50 SE, Honor 50 dan Honor 50 Pro.

Walaupun dilancar di China, CEO Honor, George Zhao memaklumkan bahawa siri Honor 50 akan dijual di pasaran luar China, termasuk di Eropah dan Afrika. Honor juga menyenaraikan Malaysia sebagai pasaran yang akan menerima Honor 50, tetapi tidak memaklumkan masanya dengan tepat.



Honor 50 Pro

Peranti paling perkasa dalam siri ini adalah Honor 50 Pro. Ia menggunakan cip Snapdragon 778G, dikelaskan sebagai cip kelas pertengahan atasan. Peranti ini dibekalkan RAM sebanyak 8GB dan storan dalaman 256GB.

Skrin melengkung seluas 6.72 melengkapi ruang hadapan Honor 50 Pro, dari jenis AMOLED 120Hz HD Penuh. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.



Bateri pula berkapasiti 4,000mah dengan sokongan pengecasan pantas 100W melalui USB-C, Boleh mengecas dari 0-100 dalam masa 25 minit sahaja. Tetapi tiada pengecasan wayarles.

Terdapat empat kamera di belakang, gabungan kamera utama 108MP F1.9, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapannya ada dua, diletakkan di dalam lubagn berbentuk pil di sudut atas skrin. Kamera ini adalah kamera utama 32MP dan kamera ultra lebar 12MP.

Honor 50

Prestasi di Honor 50 juga digerakkan oleh cip Snadpragon 778G, bersama RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Skrin pula kecil sedikit dan rata, sebesar 6.57-inci tetapi masih dari jenis AMOLED 120Hz HD penuh serta pengimbas capjari di dalam skrin.

Bateri lebih besar di pasang di dalam Honor 50, berkapasiti 4,300mAh tetapi dengan sokongan pengecasan pantas 66W.

Kamera belakang juga serupa dengan Honor 50 Pro, iaitu kamera utama 108MP F1.9, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Tetapi kamera hadapan hanya satu, dengan sensor 32MP.

Honor 50 SE

Peranti ini memiliki perbezaan di hampir semua aspek. Pemproses yang digunakan padanya ialah Mediatek Dimensity 900 5G, RAM 8GB dan storan sehingga 256GB.

Skrin pula dari jenis LCD, seluas 6.78-inci 120Hz HD Penuh. Pengimbas capjarinya terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.

Kamera belakangnya hanya ada 3, menggabungkan kamera utama 109MP F1.9, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan hanya satu iaitu kamera 16MP F2.2.

Bateri untuk Hoor 50 SE berkapasiti 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 66W.

Harga jualan

Siri Honor 50 akan dijual di China mulai bulan Jun 2021, dengan harga seperti berikut:

  • Honor 50 SE (RAM 8GB + Storan 128GB) – RMB 2,399 (~RM1,548)
  • Honor 50 SE (RAM 8GB + Storan 128GB) – RMB 2,699 (~RM1,742)
  • Honor 50 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RMB 2,699 (~RM1,742)
  • Honor 50 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RMB 2,999 (~RM1,935)
  • Honor 50 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RMB 3,399 (~RM2,193)
  • Honor 50 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RMB 3,699 (~RM2,387)
  • Honor 50 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RMB 3,999 (~RM2,581)
Tags: honorHonor 50Honor 50 ProHonor 50 SE
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Honor 50 dilancar di China dan akan dijual di pasaran antarabangsa

Siri Honor 50 dilancar di China dan akan dijual di pasaran antarabangsa

17 June 2021
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER