• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 50 sah akan kembali menggunakan Google Mobile Services

  • OLEH Najib
  • 5:03 pm
  • 17/06/2021
  • Komen
Siri Honor 50 dilancar di China dan akan dijual di pasaran antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran siri Honor 50 di China telah membawa satu lagi khabar gembira buat peminatnya, terutama di luar China. Mereka secara rasmi mengumumkan bahawa peranti mereka akan kembali dibenarkan menggunakan Google Mobile Services di dalamnya.

Telefon pintar Honor yang baru dilancarkan, Honor 50 kini sedang dikaji oleh pasukan keselamatan Google. Selepas disahkan, ia akan sedia dengan GMS dipasang di dalamnya. Ini dipercayai merujuk kepada peranti untuk pasaran antarabangsa.



Siri Honor 50 yang baru dilancarkan, akan mula dijual di China pada 25 Jun 2021. Honor telah mengumumkan bahawa siri Honor 50 akan datang ke pasaran antarabangsa antaranya Mesir, Perancis, Jerman, Itali, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol, United Kingdom, serta di Malaysia.

Honor tidak boleh memasang aplikasi dan perkhidmatan Google di dalam perantinya, selepas Huawei dimasukkan ke dalam senarai sekatan Amerika Syarikat. Senarai ini melarang sepenuhnya mana-mana perniagaan di Amerika Syarikat, daripada berurusan dengannya.



Honor merupakan anak syarikat yang ditubuhkan di bawah Huawei, untuk menembusi pasaran mampu milik dan orang muda. Bagi memastikan Honor dapat meneruskan perniagaan, Huawei menjual Honor kepada pihak ketiga supaya Honor dapat dikeluarkan dari senarai sekatan Amerika Syarikat.

  • Honor 50 SE
  • Honor 50
  • Honor 50 Pro

Terdapat tiga model dilancarkan di dalam siri Honor 50 iaitu Honor 50 SE, Honor 50 dan Honor 50 Pro. Ketahui lebih lanjut mengenai ketiga-tiga model ini di dalam laporan kami di sini.

Siri Honor 50 dilancar di China dan akan dijual di pasaran antarabangsa

[Sumber: The Verge]

Tags: honorHonor 50
Najib

Najib

POPULAR

Siri Honor 50 dilancar di China dan akan dijual di pasaran antarabangsa

Honor 50 sah akan kembali menggunakan Google Mobile Services

17 June 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN