• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor MagicBook X 15 ada tetikus dan beg galas percuma

  • OLEH Najib
  • 5:50 pm
  • 17/06/2021
  • Komen
Honor MagicBook X 15 ada tetikus dan beg galas percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun masih panas dengan pengumuman telefon pintar Honor 50, Honor Malaysia tidak lupa untuk mengingatkan peminat di Malaysia bahawa mereka akan mula menjual laptop baru tidak lama lagi. Laptop Honor MagicBook X 15 akan mula dijual di Malaysia pada 19 Jun 2021.

Terdapat dua varian MagicBook X 15 akan boleh dibeli, dengan perbezaan pada pemproses dan storan dalaman. Honor juga menyediakan hadiah yang berbeza untuk pembeli, selagi stok masih ada.



Ia akan dijual di semua Stor Honor Experiece, pengedar sah Honor serta di kedai rasmi Honor di Shopee. Harga jualan dan hadiah percuma yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Honor MagicBook X 15 (Core i3, RAM 8GB, SSD 256GB) – RM2,299 [PERCUMA beg galas Honor]
  • Honor MagicBook X 15 (Core i5, RAM 8GB, SSD 512GB) – RM2,899 [PERCUMA beg galas Honor & tetikus Bluetooth]

Laptop ini memiliki skrin HD Penuh berukuran 15.6-inci, dikuasakan pemproses Intel Core generasi ke-10. Ia didatangkan bersama RAM DDR4 dan storan SSD NVMe PCIe yang pantas.



Badan MagicBook X 15 diperbuat daripada aluminium, menjadikannya sangat ringan iaitu 1.56kg sahaja. Bateri besar 42Wh dipasang di dalamnya dan ia mengecas melalui USB-C, menyokong pengecas 65W yang diberikan bersama. Pengecas ini juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain yang menggunakan USB-C.

Butang kuasa di MagicBook X 15 juga unik kerana ia boleh digunakan sebagai pengimbas capjari, salah satu cara pantas untuk mendaftar masuk ke Windows. Walaupun memiliki kekunci bersaiz penuh, ia tiada butang numpad di sisi.

Tags: honorHonor MagicBook X 15
Najib

Najib

POPULAR

Honor MagicBook X 15 ada tetikus dan beg galas percuma

Honor MagicBook X 15 ada tetikus dan beg galas percuma

17 June 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN