• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laptop Razer Blade 14 dengan Ryzen 5000 & GeForce RTX 3080, mula terima tempahan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:27 pm
  • 21/06/2021
  • Komen
Laptop Razer Blade 14 dengan Ryzen 5000 & GeForce RTX 3080, mula terima tempahan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Razer adalah nama besar dalam dunia permainan video di komputer. Malah laptop mereka, Razer Blade adalah salah satu laptop gaming popular di dunia, antara terawal memperkenal badan nipis dengan kuasa tertinggi di dalamnya.

Baru-baru ini, Razer telah melancarkan model baru untuk Razer Blade 14. Ia dikuasakan cip AMD Ryzen 9 5900HX dan grafik daripada GPU Nvidia siri RTX 3000. Peminat di Malaysia boleh mendapatkan laptop baru ini kerana tempahan awalnya kini telah dibuka.



Harga dan hadiah tempahan awal

Terdapat dua varian Razer Blade 14 ditawarkan dalam tempahan awal ini. Perbezaan antara kedua-dua varian ini hanyalah jenis kad grafik.

Razer Blade 14

AMD Ryzen 9 5900HX, RTX 3070, RAM 16GB, SSD 1TB – RM 9,999

AMD Ryzen 9 5900HX, RTX 3080, RAM 16GB, SSD 1TB – RM 12,999

Tempahan awal ini terdapat di Stor Rasmi Razer di Lazada dan Shopee. Ia tidak menyatakan sampai bilakah tempahan awal ini dibuka, tetapi penghantaran akan dibuat bermula 4 Julai 2021.



Tarikan tempahan awal sudah pasti dengan hadiah percuma. Pembeli dalam tempahan awal akan menerima hadiah percuma berupa Razer SWAG dan fon kepala Razer BlackShark V2 X bernilai RM319.

Spesifikasi

Razer berjaya mengekalkan rupa nipis laptop Razer Blade 14, dengan ketebalan hanya 16.8mm serta berat 1.78kg di dalam badan aluminium. Tetapi ia tetap berkuasa tertinggi dengan pilihan CPU AMD AMD Ryzen 9 5900HX, pertama buat Razer yang sering menggunakan CPU Intel sebelum ini.

Bagi kuasa grafik, ia dilengkapi kad grafik keluaran NVIDIA siri GeForce RTX antara RTX 3060, RTX 3070 dan RTX 3080. Di Malaysia, hanya RTX 3070 dan RTX 3080 ditawarkan dengan paparan berukuran 14-inci QuadHD, serta kadar penyegaran 165Hz.

Selain itu, prestasi tinggi turut disumbang dengan penggunaan RAM DDR4-3200MHz 16GB dan storan SSD 1TB M.2 NVMe PCIe 3.0. Melengkapi ciri-ciri gaming padanya adalah papan kekunci berlampu Razer Chroma RGB dan pad sentuh kaca yang luas.

Razer menyatakan bahawa hayat bateri di Razer Blade 14 baru ini boleh mencapai sehingga 12 jam, menggunakan bateri 61.5WHr dan dicas menggunakan pengecas khas 230W. Port berwayar yang terdapat padanya adalah 2x USB-C, 2x USB-A, HDMI 2.1 dan jek audio 3.5mm.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Razer Blade 14.

[Sumber: Razer]

Tags: razerRazer Blade 14
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Laptop Razer Blade 14 dengan Ryzen 5000 & GeForce RTX 3080, mula terima tempahan di Malaysia

Laptop Razer Blade 14 dengan Ryzen 5000 & GeForce RTX 3080, mula terima tempahan di Malaysia

21 June 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN