• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nantikan pengumuman rasmi Huawei Watch 3 di Malaysia minggu ini

  • OLEH Najib
  • 11:05 pm
  • 21/06/2021
  • Komen
Nantikan pengumuman rasmi Huawei Watch 3 di Malaysia minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa melancarkan sistem operasi Harmony OS 2.0 di China, Huawei telah memperkenalkan beberapa produk baru yang menggunakannya seperti Huawei MatePad Pro 2021 dan Huawei Watch 3. Tablet MatePad Pro 2021 telah pun dijual di Malaysia dan tidak lama lagi, jam pintar Huawei Watch 3 pula akan tiba.

Huawei Malaysia telah memuat naik gambar yang meminta orang ramai agar menantikan tarikh 25 Jun 2021 mengenai siri Huawei Watch 3. Dalam poster yang sama, terdapat dua gambar jam iaitu Huawei Watch 3 dan Watch 3 Pro, serta dikuasakan oleh Harmony OS.



Malah, Huawei telah menyenaraikan kedua-dua jam pintar terbaru ini di Stor Online Huawei, Lazada dan Shopee. Hanya ada satu warna untuk kedua-dua model iaitu hitam dan tali Fluoroelastomer bagi Watch 3, serta kelabu titanium dan tali kulit coklat untuk Watch 3 Pro. Senarai ini mungkin berubah pada waktu pengumuman nanti.

Untuk harga, kita boleh merujuk sewaktu pelancarannya di mana Huawei Watch 3 dijual di Eropah pada harga bermula dari EUR 369 (~RM1,823) dan Watch 3 Pro pula dari EUR 499 (~RM2,466). Sudah pasti harga di Malaysia nanti akan lebih murah berbanding Eropah.



Spesifikasi

Jam pintar Huawei Watch 3 memiliki skrin sentuh AMOLED 1.43-inci. Badannya diperbuat daripada besi tahan karat dan seramik. Ia ada butang dail bersama satu butang biasa di tepi, serupa dengan Apple Watch.

Selain digerakkan oleh Harmony OS, jam ini dilengkapi RAM 2GB dan storan 16GB. Hayat baterinya dalam mod Smart boleh sehingga 3 hari, dan mod ultra-long sehingga 14 hari.

Sensor berketepatan tinggi dipasang pada jam ini, membolehkan ia mengesan suhu kulit. Selain itu, ia juga mampu mengesan pergerakan tangan seperti membasuh tangan serta pengesan kejatuhan. Sokongan kecergasan dan pemantauan kesihatan juga terdapat padanya.

Huawei telah melengkapkan jam ini dengan sokongan eSIM, membolehkan pengguna membuat panggilan MeeTime terus di jam. Sokongan terhadap peranti selain Harmony OS turut dibenarkan dan pengguna turut boleh memasang aplikasi terus di dalam jam melalui Huawei AppGallery.

Bagi jam Huawei Watch 3 Pro pula, ia memiliki perkakas yang hampir serupa dengan Watch 3 tetapi hayat bateri yang lebih panjang. Sehingga 5 hari dalam mod Smart dan sehingga 3 minggu dalam mod ultra-long. Badannya diperbuat daripada titanium yang lebih tahan lasak, bersama seramik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Watch 3 dan Huawei Watch 3 Pro.

Tags: HuaweiHuawei Watch 3Huawei Watch 3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

30 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Nantikan pengumuman rasmi Huawei Watch 3 di Malaysia minggu ini

Nantikan pengumuman rasmi Huawei Watch 3 di Malaysia minggu ini

21 Jun 2021
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER