• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honda cipta alat navigasi GPS di kasut, tak perlu lihat telefon lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:36 pm
  • 22/06/2021
  • Komen
Honda cipta alat navigasi GPS di kasut, tak perlu lihat telefon lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila berjalan atau memandu sambil melihat GPS di telefon, ia akan mengakibatkan anda terdedah kepada kemalangan. Maka, inisiatif Honda ini boleh dijadikan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Menerusi pertubuhan Ashirase, Honda kini sedang melaksanakan program perniagaan barunya dan telah mendedahkan bahawa sistem navigasi yang dipasang pada kasut sedang dikembangkan.



Sistem navigasi GPS jenis baru ini akan menghasilkan getaran pada jari kaki. Getaran tersebut akan memberikan panduan kepada individu untuk menuju ke destinasi yang diingini, tanpa sebarang halangan sama ada dengan berjalan kaki atau pun menaiki kereta.

Alat ini dilengkapi dengan sensor gerakan dan sistem yang berfungsi dengan aplikasi pada telefon. Alat sensor tersebut perlu dipasang dibahagian dalam kasut. Ini membolehkan sistem menentukan kedudukan anda dan memberi petunjuk yang diperlukan untuk pergi ke lokasi yang ingin dituju.



Sumber

Sekiranya anda harus berjalan lurus, peranti itu akan bergetar di bahagian depan kaki, jika anda perlu berpusing, getaran akan terasa di sebelah kanan atau kiri bergantung pada arah yang harus anda tuju. Jika anda mengambil arah yang salah, getaran tertentu akan dihasilkan untuk memberi amaran kepada anda.

Ianya kelihatan sangat menarik kerana pengguna tidak perlu alihkan pandangan kepada telefon ketika sedang berjalan atau memandu. Namun, sistem navigasi ini belum tersedia lagi, ia dijangka boleh didapati secara komersial menjelang suku pertama 2023.

[Sumber: MalayMail]

Tags: honda
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Honda cipta alat navigasi GPS di kasut, tak perlu lihat telefon lagi

Honda cipta alat navigasi GPS di kasut, tak perlu lihat telefon lagi

22 June 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN