• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LHDN naikkan had maksimum bayaran cukai melalui FPX sehingga RM100 juta

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:45 am
  • 22/06/2021
  • Komen
LHDN naikkan had maksimum bayaran cukai melalui FPX sehingga RM100 juta
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menaikkan had maksimum transaksi bayaran cukai pendapatan yang dilakukan menerusi kaedah kaedah pembayaran dalam talian atau dikenali sebagai Financial Process Exchange (FPX). Ia dilakukan serta-merta bagi memudahkan individu membayar cukai pendapatan secara dalam talian.

Bagi transaksi business-to-business (B2B), had maksimum dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM100 juta, manakala bagi transaksi business-to-consumer (B2C) had maksimum daripada RM30 ribu dinaikkan kepada RM500 ribu.



Had ini terpakai untuk pembayaran yang dilakukan menerusi medium ByrHasil yang boleh diakses melalui portal rasmi LHDN, serta perbankan internet yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDN, seperti:

  1. Affin Bank
  2. Affin Islamic
  3. Alliance Bank
  4. Alliance Islamic Bank
  5. AmBank
  6. AmBank Islamic
  7. Bank Islam
  8. Bank Muamalat
  9. Bank Rakyat
  10. BSN
  11. CIMB Bank
  12. CIMB Islamic
  13. Deutsche Bank
  14. Hong Leong Bank
  15. Hong Leong Islamic Bank
  16. HSBC
  17. HSBC Amanah
  18. Kuwait Finance House
  19. Maybank
  20. Maybank Islamic
  21. OCBC Bank
  22. OCBC Al-Amin
  23. Public Bank
  24. Public Islamic Bank
  25. RHB Bank
  26. RHB Islamic Bank
  27. Standard Chartered
  28. Standard Chartered Saadiq
  29. UOB

Namun, had transaksi yang boleh dilakukan oleh pembayar cukai masih tertakluk kepada had pengeluaran maksimum yang ditetapkan oleh bank kepada mereka. Oleh itu, individu perlu merujuk kepada bank masing-masing bagi memastikan, pembayaran cukai dengan had baru ini berjalan dengan lancar.



Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, anda boleh nyatakannya kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau menerusi live chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN.

[Sumber: Bernama]

Tags: LHDN
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LHDN naikkan had maksimum bayaran cukai melalui FPX sehingga RM100 juta

LHDN naikkan had maksimum bayaran cukai melalui FPX sehingga RM100 juta

22 June 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER